Pages

request entry

Assalammualaikum

Alhamdulillah , semoga bait bait ayat semalam bukan hanya lamunan yang singgah sementara untuk menggembirakan hati yang panas dek kerana fenomena ELDINO ni * eldino ke weyy , haha..

berkembang mekar hati bagaikan kuntuman kuntuman ros yang mekar di pagi hari .

kenyang perut untuk sehari menelan ayat ayat manis yang diharapakn agar tak memberikan kesudahan kencing manis.

masih teringat , begitu payahnya nak decide yang terbaik untuk yang terbaik.
habis keringat otak diperah untuk menghadiahkan selebar senyuman kebahagian pada manusia pendiam yang bercapang dan kerek , haha.. * maaf terkutuk

* betulkan kedudukan 

seen dari dulu aku memang suka type lelaki yang pendiam ni , sebab kat dahi dia macam ada tertulis.
weyy tegur aku wey tegur aku . haha , okey tak tu imaginasi aku je,

sebab laki pendiam ni kau akan rasa selamat , selamat sebab dia tak melayan ramai perempuan so kau takkan susah hati kot kot la dia berubah hati tapi kalau dia berubah hati gak , aku izinkan korang semua untuk terajang dia habis habisan * ayat nak gempak je .

keduanya , opkos i suka laki yang family man .
family man ni bukan jenis yang kau ikut je cakap mak ayah kau , yela aku tahu kena ikut jangan jadi anak derhaka tapi please ikut tu bertempat . tunjuk sikit walaupun kau tu anak , kau kena ada sifat kepimpinan sebab kau lelaki lagi lagi bila kau sulung lelaki .

ketiga , haruslah reti memasak . sebab ?
di fikiran dunia mana yang meletakkan reti masak tu hanya pada perempuan saja ?
aku memang nak bangkang habis habis bab ni.
my dad is my role model , and i nak carik laki macam ayah i .
well you see. ayah i sangat hebat dalam memesak tahu and my mom know nothing about masak masak ni .so i high expectation laa lelaki tu mesti pandai masak.

keempat , haha , yang ni memang demand gila.
i suka dan i cenderung pada laki yang " reti " mengaji , sebab i suka .
at least bila i rasa " tak selamat " dia boleh la bajet bajet bacakan ayat Al-Quran kat i.

kelima , yang suka mengajar aku , sebab aku ni mmg childish gila.
menegur tu aku kurang suka sangat sebab now days orang lagi suka menegur sambil menghina so aku taknak dah guna ayat menegur tu . aku nak guna ayat mengajar . sweet kan . bweek.

keenam , yang boleh layan " drama " aku bila aku rasa nak berdrama .
haha , part ni paling seronok , tapi aku paling tak puas hati , sebab mesti akan cakap " malas nak layan " dan aku pon macam, oi penat aku berdrama ni.

ketujuh , hui banyakya tapi yang tak penting sangat tapi aku selitkan juga buat syarat.
money , bagi aku tak penting sangat tapi sejak sejak aku berkawan dengan orang banyak pengalaman ni . dorang ajar aku , perempuan banyak duit mana pon jangan kelurkan duit atau jangan ajar keluarkan duit untuk laki , biar dia susah baru kita nampak usaha dia. haha.. kesian..

hmm ada banyak lagi , tapi mamat sebelah uma ni kacau idea aku , rajinnya dok menukang bang . ensem ensem nak p mana , ahaha..

* layan nasi lemak seketul..

Setahun sudah

25 feb 2016 : PKD Kota Setar : officially a year in nursing


Bismillahhirrahmannirrahim , 

Assalammualaikum ,

Alhamdulillah ,  akhirnya bertemu juga kita di lama blog yang sudah pon berhabuk ni * tiup sikit buang debu

last entry aku pon june 2015 , time tu rasa memang ada satu perasaan yang tak dapat digambarkkan yang terlalu ingin diluahkan cuma tidak tahu pada siapa .

* selak muka surat baru , halaman baru tahu baru dan hari yang baru.

Alhamdulillah , dalam tak sedar sudah setahun aku berkhidmat sebagai kakitangan awam .
Syukur yang tak terhingga kerna aku masih mampu melalui liku liku kehidupan di negeri jelapang padi ini seorang diri tanpa keluarga disisi serta tanpa kekasih kekasih . 

walau ,mereka jauh tapi sebenarnya mereka sangat dekat , dekat di hati , dekat diingatan.
dan siapa sangka di setiap kejauhan Allah gantikan rasa " kehilangan " tu dengan orang lain .
Subhanallah , besarnya kasih sayang Allah pada aku.

sepanjang setahun di negeri jelapang padi ni , terlalu banyak dugaan dan cabaraan yang tak disangka ,
tak disangka sangka dan tak terjangka oleh aku . sungguh aku tak sangka aku masih mampu melaluinya . 

* terima kasih buat yang pernah datang , dan juga terima kasih yang pernah pergi
tak lupa juga pada yang suka menghina , menabur fitnah serta mengutuk belakang.
tanpa " sokongan " kalian pasti aku tak mampu sampai ke tahap ni . pengalaman mematangkan aku ,
. terima kasih :)

Alhamdulillah , me is no longer at IBU ANAK tapi sekarang kat OUT PATIENT DEPARTMENT.
berkerja di banyak department buat aku kenal dengan ramai orang , belaja sikap manusia .

* nak pesan satu benda , 
" KAWAN BELAJA DAN KAWAN KERJA TU SANGAT BERBEZA .
KAWAN BELAJA SAMA SAMA PEGANG TANGAN KAU SAAT KAU JATUH 
TAPI KAWAN KERJA AKAN TERUS SEPAK TANGAN KAU BILA KAU TERJATUH " 

walau apa pon aku tetap bersyukur dikelilingi dengan orang yang sentiasa support and paham aku .
kalau nak list down takut ada yang terasa sebab termiss mention nama diorang , doa aku . hanya Allah mampu membalas kebaikkan korang :)

si kawan




















kau pernah rasa tak kerja dengan dia . dia yang boleh kau panggil kawan . memang seen dari first time jumpa lagi aku dah ada bad feeling dah pasal " kawan " ni cuma aku cekalkan hati dan husnuzon jela. but the end of the story is " belang " si kawan ni dah kelihatan sehingga hampir menampakkan taring. myabe kalau si kawan ni pakai " braces " mungkin laaa taring si kawan takkan setajam sekarang.

haih , sedih dengan sikap manusia.
sedih dengan sikap orang melayu
sikap orang islam sendiri.

melayu dengan melayu lepastu islam sesama islam pon kau " mampu " nak tindas so no wonderlah bila kaum lain pon kau boleh buat macam tu. sorry to say lah, memang Allah tu cipta manusia ni semua indah . subhanallah , tiada ciptaan Allah yang hodoh dan semua benda yang berlaku mesti ada hikmah sebaliknya.

tapi muka si kawan ni. Ya Allah , kalau aku pernah nampak hantu . aku nak taip la kan. 

" woi kawan , muka ang kan lagi hodoh pada hantu "

agak agak boleh tak aih cakap macam tu ?
agak agak kan boleh tak ek aku keluarkan entry macam ni ?
rasa macam aku buka aib orang ke without me mention any name in this entry ?

ntah mana ntah sifat malu si kawan ni. yela pon nak inaya orang lain nak perdajal orang lain tolong laaa jangan dok habaq kat orang luaq. ang ni noh , percaya sangat kat orang yang jarang jarang ang jumpe noh ? suka dok jaja cita orang sangat eh ?

ooh , kadang kadang aku hampir terlupa yang si kawan ni orang " kolumpo " macam mana eh . spesis manusia yang boleh describekan macam orang educated laaa sangat, berlagak and hot. tapi rasanya mungkin  si kawan lupa ic aku pon 14 weeyyy. aku duduk sana lagi lama dari si kawan. si kawan tu duduk sana belaja je. tolong laahhh jangan jadi orang yang lupa diri. macam  si kawan makan kacang pastu  si kawan buang kulit dia.

* tetiba dua tiga bomba lalu , mematikan mood aku. dan kemudian patient pon datang . ohh lupaaa. aku tengah kerja ni.

at the last , LAPAN bomba , SATU ambulans dan SATU tnb lalu

S E B U L A N

Bismillahhirrahmannirrahim..

Alhamdulillah ,

 sedar tak sedar sudah genap sebulan aku bekerja sebagai penjawat awam .
bermaksud sudah sebulan juga aku berkhidmat pada rakyat jelata Kedah Darul Aman.
sebuah negeri yang penuh dengan tumbuhan hijau iaitu makanan ruji kita seharian " beras " 

Subhanallah ,



 tidak terkata keindahan yang Allah kurniakan disini.
tumbuhan hijau di merata tempat.
kicauan burung awal pagi dan senja
hirupan udara yang segar

tapi..

sangat berbeza dengan kuala lumpur.
maaf , kota raya kuala lumpur mungkin.
apa yang terlalu dibanggakan sangat dengan ibu kota itu 
mungki dek ketrana gahnya bangunan pencakar langit.
hebatnya pusat pusat hiburan

dan..

awek awek untuk pencuci mata.

mungkin :)

Ahamdulillah ,



sepanjang sebulan disini , segala keadaan masih terkawal .
semuanya masih ramah mesra.

cuma aku..

terlalu malu untuk bergaul mesra dengan meraka ,
kerana masih belaja untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru.

dan.

genap sebulan ini jugalah aku kena hadap exam,
seingat aku last jawab exam bulan november tahun lepas.
rupanya ada lagi exam

macam kehidupan kita la plak ,
ujian takkan pernah putus.,



doakan aku ,
doakan aku ,
doakan aku ,

moga dengan " line " biru atas kepala aku ni
uniform yang tersarung pada badan aku ni.

TAKKAN !

takkan mampu buat aku 

lupa diri
riak
sombong

dan lain lain sifat buruk yang pernah wujud dalam dunia ni.
Nauzubillah .



posting

Assalammualaikum

Alhamdulillah , kerna masih diberi kesempatan untuk membiarkan jari jemari menari riang diatas keyboard lappy ni :)

and i.. officially STAFF NURSE . alhamdulillah.



already daftarkan diri di Jabatan Kesihatan negeri Kedah pada 25 feb yang lalu.
selepas itu aku diarahkan untuk mendaftarkan diri ke PKD Kota Setar.
di situ barulah aku mendapat tahu penempatan aku.

KLINIK KESIHATAN KUALA KEDAH , ALOR STAR.



alhamdulillah , mungkin ada orang yang sibuk duk mengata panjang pasal kami.
kenapa tak amek hospital la ,
kenapa tak amek yang dekat dengan rumah

betul , ujian itu tetap ada.
kepayahan , kesusahan ,
kami mengakuinya..
cuma yang berbeza cara kami handle masalah yang datang tu.

" ALLAH BERIKAN APA YANG KITA PERLUKAN BUKAN APA YANG KITA MAHU "

Betul itu , luruskan niat.
alhamdulllah , syukur tak terhingga.
kami makin mengerti akan hikmah kenapa kami ditempatkan disini.
sungguh , Allah buka besar besar hati kami , pandangan kami.
rasa redha , rasa lega , tenang je hati walaupun orang sekeliling duk kalut settlekan hal kami. heee...

saja nak kongsi , bukan sebab kami nak berlagak .
nak menunjuk yang kami dah ada line biru atas kepala.

INGAT !
semakin banyak tanggungjawab kita kat dunia ni , makin banyak kita akan disoal di Masyar kelak.
moga kami tak terus terbuai dek kerana pangkat gaji dan gelaran . Nauzubillah.

future

andai di tanya pada aku

apa yang aku harapkan
apa yang aku nak
apa yang aku impikan

pasti ,
terlampau banyak yang ingin dicatitkan

cuma aku ,
padam segala catitan dalam penulisan agar aku tak perit melihat semua impian hanya tinggal kenangan.

lalu ,
aku luahkan semuanya pada DIA,
kerna hanya DIA yang lebih mengetahui dan memahami

buat masa sekrang cukuplah hanya membahagiakan mama papa dan adek beradek yang lain.

yups, sudah 22 tahun.
sudah habis belaja.
insyaAllah , akan ada kerjaya sendiri kelak.
hanya yang disisi ...
sabar sat..
tunggu..

bukan senang nak bagi komitmen.
bahasa kanak kanak
TAK PUAS LAGI ENJOY.


b a c k

Assalammualaikum

buat semua yang sudi untuk menjengah blog yang semakin berhabuk ni.,

tika ini , hati masih gundah gelana .
berhenti seketika untuk mencari,
mencari yang tak pasti.

lelah membelek , mana yang terbaik
dan akhirnya berhenti seketika di persimpangan jalan.

kini , masa untuk berjalan sudah habis , sudah tamat.
mati kan enjin , hidupkan dengan kuasa turbo,
sedia untuk speed pada tahap yang paling tinggi.

haha , ayat guaa.

for those yang tertanya mana gua pergi sekian lama.

im officially habis belaja bulan 12 tahun lalu
now just waiting nak posting 25th feb ni
and alhamdulillah , aku dapat kedah.
KEDAH DARUL AMAN
jadi orang utaghalah kita la ni.

nak bercerita kat blog ni , takkan habis.
so ayat last last yang aku akan cakap
TAKDE PAPE
lebih selamat kata orang
hahha..


bersatu


14 februari

Maaf , kami tak menyambut hari kekasih kerna setiap hari besday kami .
tiap hari hari yang baru buat kami , insyaallah. semakin matang.

- dentuman bunga api -

MasyaAllah , cantik . indah.
mungkin seindah hati pasangan dua sejoli ini .
Alhamdulillah , perkenalan selama beberapa tahun akhirnya berjaya mengikat dua hati ini.
membina sebuah Masjid untuk mencari keredhaan Allah.

tahniah buat :

makcik , kakak , adek , sahabat , musuh.

yang telah pon melangsungkan majlis akad nikah pada tarikh ni.
moga bahagia dan bersatu di syurga kelak. insyaallah.

cc : makcik gila

TEBU





TEBU

Tebu , tu lah sekian kalinya aku lihat setelah hampir lenyap di telan zaman.

Dimana aku tinggal ?

Aku bukanlah seorang budak bandar yang gah dan lagaknya , aku hanya budak kampung biasa. Budak kampung yang tidak mengenal dunia. Katak bawah tempurung. Jika ditanya kuih apa ini ? makanan apakah ini ? sayur apa ini ? air apa ini ? aku hanya mampu jawab “ ntahlahh , aku pakai makan je “

Macam gampang kan ? mungkin. Betul. Kita tahu tapi selagi kita tak ambil peduli benda tu macam angin lalu tepi telinga , macam bunyi cicak berkeliaran malam malam.

Terlihat batang batang tebu terpacak lagaknya ditepi tepi tanah. Untungnya. Bukan nak menghina , nak merendahkan orang yang duduk luar bandar. Patutnya mereka lebih bersyukur sebab tanah mereka tak dicemari bahan kimia , bangunan tinggi tinggi. Untung sangat , mampu tanam sayuran kat tepi rumah. Bela ayam itik ternak ikan. MasyaAllah, seronok.

Jadi macam batak sekejap bila melihat semua tu. Yaa semua tu tidak ada disini. Tiada ? atau lebih tepat sukar untuk ditemui , sukar didapati. Lainlah yang ada jual kat market tu. Itu pun dah mati , dah terbungkus. Kemas.

Seronok , kampung ? kampung aku ?

Jauhh , jauh di selatan tanah air. Nak dikatakan rapat dengan sedara mara memang jauh lah dengan keadaan aku sejak azali yang memang pemalu. Opss , bukan pemalu nak lebih tepat “ sombong “ arrgh , pape jela. Nak balik kampung punya lah payah.

Ha kat sini aku nak pesan lah dua tiga patah ayat. Haha.. kalau boleh , kalau lah. Tolong lah avoid kahwin dengan orang yang beruniform ni. Tak kesah lah polis ke , askar ke tentera ke * eh tak sama eh. Bomba ke nurse ke. Tapi aku nurse ? tak kesah lah. Minta jauh lah. Sebab depa ni ada tanggungjawab yang tinggi kat negara mereka. Dengan tanggungjawab depa kat ampa lagi. Tup tup dapat plak ampa yang tak paham kerjaya depa. Parah parah.

*Tarik tali. Kembali ke dunia asal , jangan melalut.

Seronok , dapat rasa sejuknya pagi dikampung. Embun embun pagi , jauh dari bunyi hon , bunyi ambulans, bunyi moto yang brooom broom. Carbon dioxide. Laah , aku tak kata lah kat kampung takde semua tu, ada Cuma kurang , jarang .

Panjangnya aku taip wooi. Haha.. sebenarnya aku just nak cakap..

Aku excited gila dapat makan fresh tebu yang dari batang dia. Bukan dari mesin tebu abang abang jambu dok mesin tu. Tapi dari kawan aku yang dok bawak dari uma dia khas untuk aku. Haha..

Tapi.. punah harapan, aku ingatkan abang dia yang tolong tebangkan untuk aku. Baru nak falling in love . haha.. rupanya abah dia yang tolong tebang untuk aku. Lala.. punah punah.





kawan baik






Tiada perkataan “ kawan baik “ bila kau tak mampu berada disamping “ kawan baik “ kau di setiap masa.

Tiada istilah “ kawan baik “ bila kau tak mampu rasa apa yang “ kawan baik “ kau rasa walaupun dia hanya diam.. membisu.

Tiada makna “ kawan baik “ bila waktu senang kau puja dia , kau dampingi dia tapi saat dia jatuh kau hina dia kau tinggalkan dia terkontang kanting seorang diri.

Tiada perkataan “ kawan baik “ bila kau takboleh nak kawal ego kau bila dengan dia kerna ego kau lagi tinggi melangit sampaikan kau ego nak tegur dia nak call dia nak lepak dengan dia nak menggila dengan dia.

Jangan dikatakan kau kenal dia , kau faham dia , kau tahu menilai erti “ kawan baik “ kau tu dengan kawan biasa selagi kau tak kenal siapa dia dikalangan ahli keluarganya , siapa dia diantara rakan rakannya , orang luar. Jangan kata walau sekali..



Kau hanya menilai dari apa yang kau nampak, dari apa yang kau dengar , dari setiap keluhan , aduan , jalan cerita dia tapi kau hanya mendengar kau tak fahami kau tak selami betapa peritnya payahnya dia berjuang. Kau tak tahu..




kenal





Kau kenal aku , aku harap kau tahu nak jaga aku. Jaga bukan bererti kau kena pegang tangan aku bila melintas. Jaga bermaksud.. sampaikan doa untuk aku. Sebab hati aku berubah , iman aku turun naik. Aku takut sangat.. setiap amalan aku akan dipersoalan. Mungkin kau boleh cakap, kalau takut pergilah beribadat kenapa nak luahkan dalam blog ni. Semak ! tapi sekurang kurangnya , aku kongsi rasa hati aku. Mana la tahu kot ada orang dapat hidayah lepas baca entry aku ni.


jauh





Dah lama tak bertemu dengan orang orang yang selalu ingatkan aku pada Dia , yang sering menuturkan kata kata nasihat serta semangat. Yang kerap kali mengejutkan aku dari terus terbuai lena denga duniawi.

Aku ?

Seakan bosan dengan dunia yang penuh dengan sandiwara , dengan penipuaan dan mungkin juga fitnah manusia.

Benci benci benci !


Kadang takut , takut jaaaauuuuhh. 

kekal

Assalammualaikum.
ujian demi ujian.
tak pernah sunyi.
terima kasih atas kasih sayang dari Ya Rabb.




rasa macam nak meluahkan tapi pada siapa ?
sibuk dengan dunia,
sibuk dengan perasaan.
pernah fikir betapa saratnya dunia ini menanggung beban ?

Berwuduklah sebelum tidur,
cari tempat yang sunyi,
menghadap ke kiblat,
istighfar dan lupakan dunia buat seketika.

Dirikan solat sunat,
mudah,
Hanya 2 rakaat,
panjangkan sujudmu,
berceritalah pada Allah dalam sujudmu itu,
TUHAN pasti mendengar segala keluhanmu,
DIA maha mendengar lagi maha mengetahui.

Lantas bukalah Quran tafsirmu,
Teliti satu persatu pesanan dari ILAHI,
renungi setiap kalimah dengan mata hati,
Pasti kau akan terkesan,
PASTI.

Kekuatan rohani akan kau perolehi,
Syaratnya harus kau turuti,
kita manusia tidak selamanya kuat,
kadang lemah,
kadang tidak berdaya untuk bangkit kembali,
usah kalah dengan duniawi.

Siapalah kita untuk menolak takdir  ILAHI,
sama-sama membina kekuatan,
sama-sama bangkit dari ketersungkuran ,
membawa satu panji,
Islam harus mekar.

biarlah sentap sekarang dari tak sedar lansung .
Tak dinafikan rasa suka tu adalah fitrah ,
persoalannya bagaimana kita menghandle perasaan tu.
People may change . Insyaallah .
Dekatkan diri pada pencipta.

tarik nafas panjang panjang.
Ingatt..
pesan pada diri sendiri.
Tak semua kekal.
Hati tak kekal , suka tak kekal , sayang tak kekal dan..
Aku pon tak kekal..
Yang kekal Cuma..

Allah..

nikmat

kau selalu ingatkan aku yang kemewahan kita kat dunia ni hanya bersifat sementara je . 
bila bila masa yang Allah nak tarik balik apa yang Dia bagi itu , sekejap je sangat. 
Tapi aku macam pelik. Kenapa kita manusia tak pernah bersyukur ek ? sering saja alpa. 
Baru nak rasa senang sikit hidup, kau dah jalan mendabik dada seolah olah dunia ni kau yang punya. Yelahh.. boleh lah kau cakap kau berjaya sampai sekarang sebab atas dasar usaha kau , sebab dulu kau bersusah susah. 

Ada aku cakap salah ke? 

Takpun memang kau patut dapat ganjaran yang setimpal dengan usaha kau tapi kau lupa ke ,
 kalau tak sebab Allah uh Maha Pemurah, kau rasa Dia nak bagi ke kau kejayaan ini ha ?

Malu... Malu... Malu..

Malu sangat dengan sifat manusia, sifat tu pun ada pada diri aku , aku tak nafikan.
Terbaca satu buku yang betul betul menyentuh hati aku. 
Zaman nabi dulu pun , para rasul juga pun. 
Tiap kali mereka cuba nak buat jahat , mereka rasa takut dan gerun dengan azab Allah. mereka bertaubat pada Allah Maha Besar tak putus putus. 
Ada yang sampai tak berani pun nak melihat langit ciptaan Allah tu.
 Nak cakap yang mereka ni begitu takut dengan azab Allah , yang mereka ni malu nak lihat ciptaan Allah sebab kesalahan mereka.

Sedangkan kita ?

masyaAllah..
bila kau susah , kau carik kau mengadu kau memohon kau mengharap tapi bila kau senang,
cukuplah senang kau tu hanya sikit je.
 Kau sombong. Kau berlagak. Padahal bukankah Dia yang menciptakan aku , kau, dia, mereka ?

habis ?


tepuk dada tanya selera. Selera apa ? selera makan kot noh. Aissshh..

reflective practice

Reflective praktice semester 6 , final year, final projek, 2 month ++


semenjak sakit gigi ni , haha .. ni doa sakit gigi tapi tang peliknya tak pernah pon baca, dok harap orang lain yang bacakan. lalalala...

situasi yang berbeza..

mood bertukar..

ultraman ! HAHA 

Kadang tu bila aku rasa aku nek bercerita kat orang pasal diri aku , aku diam je. Lama aku diam. Diam. Diam. Sampailah aku betul betul yakin yang orang tu boleh dipercayai untuk simpan semua rahsia aku , simpan semua cerita aku, suka duka aku.

Aku bukan jenis yang suka dok bercerita pasal diri aku kat orang lain , sebab aku tahu . aku pun tak kenal siapa diri aku sebenarnya. Kadang tu aku cakap bla bla bla.. tapi semua benda tu satu haram pun takde yang betul. Sebab apa ? sebab orang sekeliling aku akan lebih tahu siapa aku , macam mana aku , apa yang aku rasa atau mungkin jantina aku ? haha.. okey gurau.

Datang dan pergi..

Macam tu lah cerita aku.. kadang bila datang mud gila aku nak bercerita tu. Aku akan bercakap je sampai aku rasa penat , rasa lelah nak bercakap. Tak kira lah time tu kau nak tidur ke kau busy ke kau nak gayot dengan balak kau ke apa. I never care ! hahaha.. macam selfish kan ? and so what ? yes , i'm

Cuma satu..

Aku tak pernah stick dengan sorang je bila berkawan. Aku tak suka di kongker. Aku tak suka bila ada orang decide sesuatu untuk aku. Tak kira lah kau boyfriend aku ke kau abang aku ke adik aku ke kakak aku ke kawan baik aku ke. Tak kira lah. Selagi aku rasa apa yang aku buat tu betul walaupun pada orang lain salah, aku akan wat keras kepala aku juga. Hang nak kata apa ? ada aku minta pape kat hang ?

Jujur doh..

Aku memang senang nak rapat dengan orang , tapi macam mana senang aku rapat dengan orang tu macam tu lah senang aku nak blah dari orang tu. Kalau perasan ah, mesti aku akan menjaga jarak gila sebelum jadi betul betul rapat and tetiba akan lost macam tu je. Aku tak suka bila aku tahu orang ada hati kat aku , aku tak suka bila orang berharap yang aku akan berubah semua. Come on lah. I live for what i want , i do what i need to do. I dream what i want to dream.

Ngeluh..


p/s : orang busy hang pun busy gak. Tapi orang lain busy buat assignment tapi hang plak sibuk catat “ diari “ piiii dah :D

jururawat

alhamdulillah , jumaat sudah. 
hari yang di tunggu tunggu esok untuk setiap orang pulang ke kampung halaman untuk meraikkan hari raya aidilfitri.

seronok tak terhingga bukan , tapi bagi aku ...
mungkin inilah nilai seorang JURURAWAT.

mungkin sekarang aku tidak official lagi di gelar jururawat tapi sudah semakin terasa rancaknya dugaan dan tanggungjawab memikul tittle JURURAWAT ni.

sekarang aku hanya seorang student , dah rasa berat dapat balik uma sehari sebelum raya .
naty bila jadi JURURAWAT then tak dapat balik time raya. mau nanges lah kot nah.

pape pon .. cuma aku nak kongsi nak pesan nak cakap.
JURURAWAT ni pon manusia juga.
perlu makan minum rehat.

jangan lah treat depa macam depa ni robot , macam depa ni perfect sangat.
kalau dah family ampa sendiri sakit takkan lah kencing berak pon nak harapkan jururawat juga buat ?
kalau macam tu baik ampa tak payah datang ramai ramai.
buat semak dada , buat kurang pahala puasa je dok mengutuk ampa.

coretan ni bukan sebab ceq tak ikhlas , nak merungut nak burukkan profesion ceq sendiri.
cuma ceq rasa macam ceq ni JURURAWAT robot yang hanya ikut arahan perintah orang sahaja.
padahal ceq pon manusia.
ceq pon perlu buka puasa , makan , minum , rehat , solat.

jangan sebab nak kerja dunia sangat,
nak dapat kebanggan dunia , akhirat ditinggalkan.


perempuan

Siapa aku ? nama aku faidah. Aku seorang perempuan, aku kaum Hawa dan Alhamdulillah aku sangat suka menjadi perempuan.


Kau laki ke perempuan , kalau kau perempuan . aku nak minta maaf awal awal kalau kau terasa dengan entry aku kali ni dan kalau kau laki. Tolong fikir fikirkan maksud entry ni J

Aku suka jadi perempuan, banyak kelebihan dan anugerah yang Allah lebihkan pada perempuan ni. Nilai perempuan terlalu mahal sebab tu lah kot nah hantaran pun tinggi. HAHA !

Hmm.. tapi...

Tapi aku sedih dengan perempuan yang semakin “ murah “. * kalau hantaran kawin kau murah bukan sebab kau murah okey, sebab kau berti mbang rasa mungkin atau sebab kau bukan nak jual diri kau atau pape jela alasan kau yang munasabah.


Perempuan yang CANTIK , semata mata hanya untuk mendapatakan LESEN untuk buat apa je yang dia nak yang dia nak kata apa apa. Yelah kau kan cantik , kau kata apa kau buat apa takde siapa berani nak pertikaikan walaupun bodoh bodoh berkata. Sebab apa ? sebab kau cantik ! tak adilnyaaa.

Pandangan mata kasar telah memberikan LESEN yang sangat besar untuk perempuan CANTIK ni. Ramai perempuan , wanita , gadis gadis serta budak budak yang masih bawah umur ni berebut rebut mahu jadi CANTIK tapi tak ramai plak yang berebut rebut mahu jadi CERDIK.

Hasilnya ?

Terciptalah selambak SI COMEL – JELITA- TAPI OTAK SIFAR - * ops , maaf! Yang bersepah sepah seperti tin kosong dalam tong sampah. Takde benda yang nak diherankan dengan perempuan CANTIK ni melainkan kalaulah kau ni KATAK BAWAH TEMPURUNG , yang tak pernah tengok perempuan CANTIK sikit je mesti nak melting habis.

Perempuan yang sekarang yang punya akal boleh kira pakai jari jela dan bila dorang yang dalam golongan “ KURANG CANTIK “ ni pada pandangan mata kasar tadi akan terus dipinggirkan tanpa memikirkan perasaan dorang jadi mereka teruslah “ GHAIB “

KeCANTIKkan dalaman hanya dapat dilihat oleh mata hati. Tapi keCANTIKkan luaran dapat dilihat oleh mata kepala dan mata celah kangkang je.


Okeyyy , itu majoriti.

Kasihan manusiaa...

Pandai bikin 1 juta jenis berlian tapi tak mampu nak beza mana kaca mana intan..

 Kau memang malas baca buku kan ?

Kau baca muka depan je.

Kau ingat kalau aku ceraikan

Isi buku dengan kulit luarannya

Dan aku jual mana lebih mahal ?


Kau nak beli kulit ? tolol !

hati

HATI <3

Hati itu boleh berubah. Bakal berubah dan akan berubah. Begitulah bentuk perangai seketul hati. Seketul ? mungkin ? bagi budak medic macam aku, hati itu liver. Liver ? yelah yang terletak pada sebelah kanan bawah dada kita tu. Tapi kalau orang awam depa kata hati tu jantung. Jantung plak terletak pada dada juga tapi belah kiri. Jantung nilah yang dok mengepam darah ke seluruh badan tapi tanpa  henti tanpa penat lelah tanpa rehat kecuali bila seseorang tu mati barulah jantung ni brhenti berkerja.

Ada apa pada hati ?

Perasaan yang sukar diungkapkan samada dari kata kata mahupun perkatan dan perbuatan. Kadang bila kau rasa kau suka dia, kau sayang dia tapi bila kau tanya balik pada hati kau. Betul ke kau suka dia ? kau sayang dia ? pasti jawapan disebalik semua itu ialah TAK ! “ aku dengan dia kawan je, aku tunggu orang lain la, aku dah suka kat orang lain , aku dah ada orang lain “

Jadi ?

Boleh tak aku tanya pada hati kau ? kalau kau tak suka dia, kau tak sayang dia kenapa kau mainkan perasaan dia ? perasaan memang boleh buat main eh ? macam main jual jual kat pasal tu. Sekilo rm15 atau lagi mahal atau lagi murah dari tu ?

HAHA ! mestilah perasaan tu boleh dibuat main kan ? alaaaa.. macam kau main bola la. Bila kau suka kau sayang kau kejar kau dapatkan tapi bila kau dah taknak kau dah tak suka kau dah benci kau buang kau sepak sekuat hati.

Kejam ?

Dunia ni ibarat perjudian. Bila kau rasa kau kuat , kau akan menang tapi bila mana kau lemah kau akan diinjak injak dipijak dicaci dimaki seolah olah macam kau ni takde hati takde perasaan takde apalah. Umpama macam hati kau ni hancur lumat dek kerana digilis dengan batu lesung yang kuat lagi gagah perkasa tu.

“ tiada orang sempurna di dunia ini kecuali Nabi Muhammad S.A.W. kita sebagai umatnya hanya penuh dengan kekurangan. Jadi kita perlukan orang lain untuk menyempurnakan hidup kita “

Pernah kau tanya pada diri kau tak  kenapa Allah ciptakan ruang antara jari ? nak tahu kenapa ? sebab suatu hari nanti seseorang yang telah diciptakan untuk kau yang telah tertulis di Lauh Mahfuz akan mengisi kekosongan ruang antara jari tu dengan memegang erat tangan kau selamanya takkan lepas...


#dewan teratai : 3.45 PM : 19 JULY 2014 : kelas gani , past year question



buku past year question jadi mangsa . bajet nak motivated sangat lahhhh

pantas


Assalammualaikum , tanpa taksedar sekarang kita dah masuk 20 Ramadhan dah. 
Rasa sekejab sangat masa berlalu.
 Mungkin sebab sekarang dah masuk waktu kelas kot. 
Setiap hari 7.30 pagi sampai 5.00 petang. 

Sebab tu lah rasa berlalu dengan segera je.

Tapi kenapa kenangan tu tak boleh berlalu selaju masa yang berputar ?

Kenapa kenangan tu terlalu payah untuk dilupakan ?

Atau mungkin Dia nak kita belajar sesuatu daripada kenangan tu ?

Lalala.. runsing !

Sebab apa ?


Fikirkan dunia laaa..    

             
               

jauh

17 july 2014 : 11.oo Pm : 19 Ramadhan  1435 Hijrah

A48 : tingkat 2 : blok A :

Hujung sekali tepi toilet : dekat dengan peti ice . selalu kena marag pasal peti asal padahal jarang sekali guna. Sedih !

Sekian lama sepanjang bulan puasa ini , perut dah lama tak buat perangai.Tetiba harini perut buat perangai. Alahai , kenapalahh..

Tanya pada gaster “ kenapa hang buat pangai ha ? ceq nak p teraweh ni “ nada suara sayu.

Mungkin sebab salah aku. Makan atau melantak , aku sendiri kurang pasti. Atau mungkin salah makcik dan pakcik kantin tu sebab masak masakkan pedas sangat. Argggghh ~ salah siapa pun bukan masalahnya sekarang . masalahnya perut aku buat perangai. Ada sesiapa boleh bantu ?? help help !

Kadang kadang aku pelik dengan manusia spesis apa ntah. Bila masak pedas sangat marah , bila tak pedas bising. Kalau kau rasa kau “ HEBAT “ sangat memasak . kau pergi la masuk sendiri dapur tu . masak sendiri ! nak tengok gak sedap mana masakkan kau kan.

HAHA ! asal aku tetiba nak emo ni ek ? takdelah aku ni jenis manusia yang telan je semua kot nah * kadang kadang je cerewet. Cukuplah bila kau dah tak suka kau diam je, kau takpayah ah nak menghina nak mengutuk ke apa. Tak bersyukur apa ?! saudara kita kat palestin tu ntah makan ke tak , yang afrika tu plak setiap hari puasa takpayah nak tunggu bulan puasa lagi dah, tak tahu bersyukur lagi ? tak tahu lah nak cakap apa. * kadang kadang aku pon sama je.. hmmm..

Okeyyy, berbalik pada tujuan utama. Heart burn.

Ntah kenapa malam tu aku rasa macam taknak pergi jemaah, macam taknak je solat teraweh. Padahal malam malam nak akhir akhir nilah aku lebih semangat. Lagipun malam malam sebelum ni pun aku bersemangat je. Tetiba malam ni tak seperti hari hari lain.

Aku solat isyak bersendirian , aku bersendirian didalam bilik, pintu terkunci rapat, hembusan kipas yang mengejukkan, otak yang kosong, berada diatas ditikar sejadah..

Kemudian..

Airmata menitis.. kenapa ? kenapa tetiba ?

Sebab perut hang sakit ke ?

Bukan..

Bukan..

Bukan..

Tapi sebab.. hati aku gembira sangat. Aku berpeluang merasai ramadhan lagi. Aku bersykur sangat * even kadang kadang aku selalu merungut lapar walaupun tengah berpuasa, haih.. kurus puasa aku.

Sebab sampai sekarang aku masih “ SUCI “ dan masih “ HIDUP “. Kemudian ia menitis makin deras..

Allah.. macam mana jika malam ni aku “ TAK SESUCI “ malam malam sebelumnya ? bermakna aku dah tak boleh beramal seperti umat islam lain beramal ? bermakna amalan aku takkan setanding diorang, maknanya aku akan kebelakang sekali nanti..

Macam mana jika tahun ni , bulan ni merupakan yang terakhir aku menyambut Ramadhan ?
Allah , sayu hati.. sayu sangat sangat..

Rasa masih tak cukup lagi bekalan ke akhirat. Rasa macam tak layak je “ bertemu “ Dia Ya Rabb.
Malu.. malu bila ditanya..

Apa persediaan kau menghadapi maut ? apa bekalan yang kau bawa ? berapa banyak ? cukup ke ?

Apa aku nak jawab ? selama aku hidup aku hanya buang masa untuk yang sia sia ? aku sibuk mencari “ BAKAL IMAM “ hingga aku alpa, hingga aku lupa nak berbakti kepada kedua ibubapa aku ?

Aku nak jawab aku terlalu asyik dengan nafsu bercinta hingga aku terlupa pada Dia yang tak pernah lupakan aku ? aku lupa nak “ MENGEJAR “ cinta yang hakiki tapi sibuk mencari cinta yang temporary ? sibuk mencari “ JODOH “ yang dari dulu lagi dah tertulis di Lauh Mahfuz ?

Apa aku nak lakukan andai ditakdirkan aku masih hidup tika Al-Masih Dajjal datang menyebarkan fitnah dan menyesatkan manusia? Apa ilmu yang aku ada untuk melindungi diri aku sendiri ? boleh tika itu aku tetap pendirian berada dijalan Allah ? MasyaAllah.. takut sangat sangat. Dengan telatah manusia sekarang pun aku dah macam “ air “ apatah nanti bila Dajjal datang dengan berbagai bagai “ TAWARAN”  yang menarik. Nauzubillah , semoga Allah menetapkan keimanan aku. Aamiin.

Carikah bekalan akhirat.. cari sebelum berlaku 5 perkara.

HIDUP sebelum MATI
MUDA sebelum TUA
SIHAT sebelum SAKIT
KAYA sebelum MISKIN
SENANG sebelum SUSAH

# kenapa kita lebih relakan orang pegang hati kita dari Allah pegang hati kita ? kenapa kita lebih suka ikut cara manusia walaupun kita tahu Allah tak suka ? dari kita ikut cara Allah tapi manusia tak suka ? hmmm


·       Cc to diri sendiri... Macam macam bermain diminda . tak tahu la kalau ada orang lain pun berfikir sama macam aku.
Ustaz kata, “andai cinta sesama manusia itu membuatkan kamu jauh dari Allah, maka tinggalkanlah dia. Namun andai dia ingin berubah dan kamu yakin dia ikhlas, maka bawalah dia bersamamu.”
Sahabat saya kata, “nak masuk ke syurga jangan sorang-sorang. Pimpin tangan, cari sahabat seramai yang boleh untuk bawa dia sekali dengan kita ke syurga.”