Pages

request entry

Assalammualaikum

Alhamdulillah , semoga bait bait ayat semalam bukan hanya lamunan yang singgah sementara untuk menggembirakan hati yang panas dek kerana fenomena ELDINO ni * eldino ke weyy , haha..

berkembang mekar hati bagaikan kuntuman kuntuman ros yang mekar di pagi hari .

kenyang perut untuk sehari menelan ayat ayat manis yang diharapakn agar tak memberikan kesudahan kencing manis.

masih teringat , begitu payahnya nak decide yang terbaik untuk yang terbaik.
habis keringat otak diperah untuk menghadiahkan selebar senyuman kebahagian pada manusia pendiam yang bercapang dan kerek , haha.. * maaf terkutuk

* betulkan kedudukan 

seen dari dulu aku memang suka type lelaki yang pendiam ni , sebab kat dahi dia macam ada tertulis.
weyy tegur aku wey tegur aku . haha , okey tak tu imaginasi aku je,

sebab laki pendiam ni kau akan rasa selamat , selamat sebab dia tak melayan ramai perempuan so kau takkan susah hati kot kot la dia berubah hati tapi kalau dia berubah hati gak , aku izinkan korang semua untuk terajang dia habis habisan * ayat nak gempak je .

keduanya , opkos i suka laki yang family man .
family man ni bukan jenis yang kau ikut je cakap mak ayah kau , yela aku tahu kena ikut jangan jadi anak derhaka tapi please ikut tu bertempat . tunjuk sikit walaupun kau tu anak , kau kena ada sifat kepimpinan sebab kau lelaki lagi lagi bila kau sulung lelaki .

ketiga , haruslah reti memasak . sebab ?
di fikiran dunia mana yang meletakkan reti masak tu hanya pada perempuan saja ?
aku memang nak bangkang habis habis bab ni.
my dad is my role model , and i nak carik laki macam ayah i .
well you see. ayah i sangat hebat dalam memesak tahu and my mom know nothing about masak masak ni .so i high expectation laa lelaki tu mesti pandai masak.

keempat , haha , yang ni memang demand gila.
i suka dan i cenderung pada laki yang " reti " mengaji , sebab i suka .
at least bila i rasa " tak selamat " dia boleh la bajet bajet bacakan ayat Al-Quran kat i.

kelima , yang suka mengajar aku , sebab aku ni mmg childish gila.
menegur tu aku kurang suka sangat sebab now days orang lagi suka menegur sambil menghina so aku taknak dah guna ayat menegur tu . aku nak guna ayat mengajar . sweet kan . bweek.

keenam , yang boleh layan " drama " aku bila aku rasa nak berdrama .
haha , part ni paling seronok , tapi aku paling tak puas hati , sebab mesti akan cakap " malas nak layan " dan aku pon macam, oi penat aku berdrama ni.

ketujuh , hui banyakya tapi yang tak penting sangat tapi aku selitkan juga buat syarat.
money , bagi aku tak penting sangat tapi sejak sejak aku berkawan dengan orang banyak pengalaman ni . dorang ajar aku , perempuan banyak duit mana pon jangan kelurkan duit atau jangan ajar keluarkan duit untuk laki , biar dia susah baru kita nampak usaha dia. haha.. kesian..

hmm ada banyak lagi , tapi mamat sebelah uma ni kacau idea aku , rajinnya dok menukang bang . ensem ensem nak p mana , ahaha..

* layan nasi lemak seketul..

Setahun sudah

25 feb 2016 : PKD Kota Setar : officially a year in nursing


Bismillahhirrahmannirrahim , 

Assalammualaikum ,

Alhamdulillah ,  akhirnya bertemu juga kita di lama blog yang sudah pon berhabuk ni * tiup sikit buang debu

last entry aku pon june 2015 , time tu rasa memang ada satu perasaan yang tak dapat digambarkkan yang terlalu ingin diluahkan cuma tidak tahu pada siapa .

* selak muka surat baru , halaman baru tahu baru dan hari yang baru.

Alhamdulillah , dalam tak sedar sudah setahun aku berkhidmat sebagai kakitangan awam .
Syukur yang tak terhingga kerna aku masih mampu melalui liku liku kehidupan di negeri jelapang padi ini seorang diri tanpa keluarga disisi serta tanpa kekasih kekasih . 

walau ,mereka jauh tapi sebenarnya mereka sangat dekat , dekat di hati , dekat diingatan.
dan siapa sangka di setiap kejauhan Allah gantikan rasa " kehilangan " tu dengan orang lain .
Subhanallah , besarnya kasih sayang Allah pada aku.

sepanjang setahun di negeri jelapang padi ni , terlalu banyak dugaan dan cabaraan yang tak disangka ,
tak disangka sangka dan tak terjangka oleh aku . sungguh aku tak sangka aku masih mampu melaluinya . 

* terima kasih buat yang pernah datang , dan juga terima kasih yang pernah pergi
tak lupa juga pada yang suka menghina , menabur fitnah serta mengutuk belakang.
tanpa " sokongan " kalian pasti aku tak mampu sampai ke tahap ni . pengalaman mematangkan aku ,
. terima kasih :)

Alhamdulillah , me is no longer at IBU ANAK tapi sekarang kat OUT PATIENT DEPARTMENT.
berkerja di banyak department buat aku kenal dengan ramai orang , belaja sikap manusia .

* nak pesan satu benda , 
" KAWAN BELAJA DAN KAWAN KERJA TU SANGAT BERBEZA .
KAWAN BELAJA SAMA SAMA PEGANG TANGAN KAU SAAT KAU JATUH 
TAPI KAWAN KERJA AKAN TERUS SEPAK TANGAN KAU BILA KAU TERJATUH " 

walau apa pon aku tetap bersyukur dikelilingi dengan orang yang sentiasa support and paham aku .
kalau nak list down takut ada yang terasa sebab termiss mention nama diorang , doa aku . hanya Allah mampu membalas kebaikkan korang :)

si kawan




















kau pernah rasa tak kerja dengan dia . dia yang boleh kau panggil kawan . memang seen dari first time jumpa lagi aku dah ada bad feeling dah pasal " kawan " ni cuma aku cekalkan hati dan husnuzon jela. but the end of the story is " belang " si kawan ni dah kelihatan sehingga hampir menampakkan taring. myabe kalau si kawan ni pakai " braces " mungkin laaa taring si kawan takkan setajam sekarang.

haih , sedih dengan sikap manusia.
sedih dengan sikap orang melayu
sikap orang islam sendiri.

melayu dengan melayu lepastu islam sesama islam pon kau " mampu " nak tindas so no wonderlah bila kaum lain pon kau boleh buat macam tu. sorry to say lah, memang Allah tu cipta manusia ni semua indah . subhanallah , tiada ciptaan Allah yang hodoh dan semua benda yang berlaku mesti ada hikmah sebaliknya.

tapi muka si kawan ni. Ya Allah , kalau aku pernah nampak hantu . aku nak taip la kan. 

" woi kawan , muka ang kan lagi hodoh pada hantu "

agak agak boleh tak aih cakap macam tu ?
agak agak kan boleh tak ek aku keluarkan entry macam ni ?
rasa macam aku buka aib orang ke without me mention any name in this entry ?

ntah mana ntah sifat malu si kawan ni. yela pon nak inaya orang lain nak perdajal orang lain tolong laaa jangan dok habaq kat orang luaq. ang ni noh , percaya sangat kat orang yang jarang jarang ang jumpe noh ? suka dok jaja cita orang sangat eh ?

ooh , kadang kadang aku hampir terlupa yang si kawan ni orang " kolumpo " macam mana eh . spesis manusia yang boleh describekan macam orang educated laaa sangat, berlagak and hot. tapi rasanya mungkin  si kawan lupa ic aku pon 14 weeyyy. aku duduk sana lagi lama dari si kawan. si kawan tu duduk sana belaja je. tolong laahhh jangan jadi orang yang lupa diri. macam  si kawan makan kacang pastu  si kawan buang kulit dia.

* tetiba dua tiga bomba lalu , mematikan mood aku. dan kemudian patient pon datang . ohh lupaaa. aku tengah kerja ni.

at the last , LAPAN bomba , SATU ambulans dan SATU tnb lalu

S E B U L A N

Bismillahhirrahmannirrahim..

Alhamdulillah ,

 sedar tak sedar sudah genap sebulan aku bekerja sebagai penjawat awam .
bermaksud sudah sebulan juga aku berkhidmat pada rakyat jelata Kedah Darul Aman.
sebuah negeri yang penuh dengan tumbuhan hijau iaitu makanan ruji kita seharian " beras " 

Subhanallah ,



 tidak terkata keindahan yang Allah kurniakan disini.
tumbuhan hijau di merata tempat.
kicauan burung awal pagi dan senja
hirupan udara yang segar

tapi..

sangat berbeza dengan kuala lumpur.
maaf , kota raya kuala lumpur mungkin.
apa yang terlalu dibanggakan sangat dengan ibu kota itu 
mungki dek ketrana gahnya bangunan pencakar langit.
hebatnya pusat pusat hiburan

dan..

awek awek untuk pencuci mata.

mungkin :)

Ahamdulillah ,



sepanjang sebulan disini , segala keadaan masih terkawal .
semuanya masih ramah mesra.

cuma aku..

terlalu malu untuk bergaul mesra dengan meraka ,
kerana masih belaja untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru.

dan.

genap sebulan ini jugalah aku kena hadap exam,
seingat aku last jawab exam bulan november tahun lepas.
rupanya ada lagi exam

macam kehidupan kita la plak ,
ujian takkan pernah putus.,



doakan aku ,
doakan aku ,
doakan aku ,

moga dengan " line " biru atas kepala aku ni
uniform yang tersarung pada badan aku ni.

TAKKAN !

takkan mampu buat aku 

lupa diri
riak
sombong

dan lain lain sifat buruk yang pernah wujud dalam dunia ni.
Nauzubillah .



posting

Assalammualaikum

Alhamdulillah , kerna masih diberi kesempatan untuk membiarkan jari jemari menari riang diatas keyboard lappy ni :)

and i.. officially STAFF NURSE . alhamdulillah.



already daftarkan diri di Jabatan Kesihatan negeri Kedah pada 25 feb yang lalu.
selepas itu aku diarahkan untuk mendaftarkan diri ke PKD Kota Setar.
di situ barulah aku mendapat tahu penempatan aku.

KLINIK KESIHATAN KUALA KEDAH , ALOR STAR.



alhamdulillah , mungkin ada orang yang sibuk duk mengata panjang pasal kami.
kenapa tak amek hospital la ,
kenapa tak amek yang dekat dengan rumah

betul , ujian itu tetap ada.
kepayahan , kesusahan ,
kami mengakuinya..
cuma yang berbeza cara kami handle masalah yang datang tu.

" ALLAH BERIKAN APA YANG KITA PERLUKAN BUKAN APA YANG KITA MAHU "

Betul itu , luruskan niat.
alhamdulllah , syukur tak terhingga.
kami makin mengerti akan hikmah kenapa kami ditempatkan disini.
sungguh , Allah buka besar besar hati kami , pandangan kami.
rasa redha , rasa lega , tenang je hati walaupun orang sekeliling duk kalut settlekan hal kami. heee...

saja nak kongsi , bukan sebab kami nak berlagak .
nak menunjuk yang kami dah ada line biru atas kepala.

INGAT !
semakin banyak tanggungjawab kita kat dunia ni , makin banyak kita akan disoal di Masyar kelak.
moga kami tak terus terbuai dek kerana pangkat gaji dan gelaran . Nauzubillah.