Pages

deep , deep , deep..



Assalammualaikum

aku pun seperti kau , aku manusia biasa yang punya perasaan , punya kesalahan , punya impian dan masa dan jua punya aib seperti kau , seperti mereka seperti yang lain.

maaf jika aku terlalu lancang berkata-kata , maaf jika penulisan aku membuatkan kau rasa menyampah , maaf jika segala status aku , tweet aku , blog aku buad kau rasa " hipokrit gila minah ni ".

aku tak nafikan aku tak sebaik mereka dan aku jua tak nafikan yang aku yang tak seteruk meraka. sedangkan Allah berusaha menutup aib hamba-Nya takkan lah aku dengan senang hati nak buka aib aku untuk tatapan umum ? Astafirullahalazim.

tak puaskah kau hidup berbalutkan dosa ?
tak takutkah kau akan panasnya api neraka?
sudah banyakkan amalan ibadah kau ?
cukupkah semua itu ?

sahabatku , 
diri kau yang memilih jalan hidup kau sendiri 
kaki kau yang menentukan arah mana ia melangkah
mulut kau yang menjawab setiap pembohongan yang kau cipta.
Astafirullahalazim .

aku dulu seperti kau juga , jauh aku terpesong.
bukan aku tak cuba mencari jalan kembali , aku cuba . 
dah macam macam aku cuba buat agar aku jumpe ketenangan yang hakiki ,
da berbagai orang aku jumpe dengan harapan mereka dapat menarik aku ke jalan Ilahi,
dah beribu-ribu duit aku laburkan untuk mencari Dia , 
tapi aku gagal..puas aku cuba hinggakan pada satu tahap aku mulai putus asa dengan rahmat Allah ,
Astafirullahalazim , ampuni aku Ya Allah.

Alhamdulillah , sehingga tiba-tiba Allah memberikan aku Hidayah dan Petunjuk-Nya pada aku.
syukran Ya Allah , kerana masih sayangkan aku , masih ingin memberi peringatan kepadaku, Subhanallah :)

tika itu , jika satu hari aku aku tak mendengar alunan ayat suci Al-Quran * lagi lagi bila kotor *
jiwa aku seakan tidak tenang ,
 hati aku berdebar , 
gelisah , badan mengigil ,
 dan hanya mempu menangis tika itu.

waktu itu aku hanya mengharap ada seseorang yang sudi membacakan ayat-ayat Al-Quran pada aku.
dan hati aku akan jadi tenang semula.
MasyaAllah , setenang tenangnya,

ada ketika air mata aku laju mengalir apabila membaca surat cinta dari Allah ,
meskipun tika itu aku masih kurang pengetahuan akan maksud isi kandungannya ,
berat hati aku untuk meninggalkan kitab itu  , rasa seperti mahu sentiasa mendampingan kalam Allah itu.
Subhanallah , Alahmdulillah , Allahuakhbar.

aku benci orang yang dedahkan aurat , menutup aurat tetapi bertelanjang ,
aku benci orang yang sukakan hiburan ,
bercakap benda yang lagha , mengumpat , maksiat .
malah hingga aku cuba " hilang " dari semua kawan kawan aku.

aku rasa aku cukup kuat nak berhijrah seorang diri kerana aku yakin aku ada Allah ,
aku yakin yang Allah akan sentiasa bersama aku ,
aku yakin semua ibadah , amalan , cara yang aku buat ni betul ,
dan aku yakin Allah akan menerima semua yang aku lakukan ini,

sekali lagi aku silap .
aku takkan mampu berubah seorang diri lagi lagi tanpa guru .
aku tak ingin syaitan laknatullah jadi guru aku.

keyakinan itu penting tapi jangan terlalu over confident , nty jadi macam aku.
sejujurnya , biar pun luaran aku ganas , buas , kasar .
tapi dalaman aku sebaliknya.
walaupun aku pura pura kuat berhijrah seorang diri , tapi hakikatnya tidak.

siapakah yang sudi , memegang erat tanganku ?
siapa yang mahu , bersama aku mencari jalan cahaya keimanan ?
siapakah yang rela berkorban denganku untuk mendapat redha - Nya ?

hmmm...





No comments: