Pages

Subahanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar

bismillahirrahmannirrahim.
Assalammualaikum.

Alhamdulillah .
 syukur tak terhingga kepada Allah S.W.T kerana masih memberi aku peluang untuk melihat keindahan dan kecantikkan alam yang diciptakan oleh Dia yang Maha Esa lagi Maha Agung.

MasyaAllah , sungguh Allah itu sebaik – baik pencipta. Dialah yang menciptakan Langit dan Bumi tanpa sebarang cacat cela. 

Keindahannya sangat menenangkan jiwa setenang air kolam yang tidak terusik oleh dedaun yang berguguran mahupun angin bayu yang meniup lembut.

Niat dihati hanya ingin melihat keindahan ciptaan ilahi tanpa ada sebarang maksud untuk melakukan maksiat mahupan dosa atau perkara dosa lain.
 Semoga sahaja Allah mengetahui niat hatiku
. Insya Allah.

Aku belaja sesuatu harini , aku belaja untuk tidak menceritakan sesuatu ,masalah yang kita hadapi kepada orang lain lagi lagi kepada sesiapa yang baru kita kenal ataupun dah kenal lama tapi belum tentu lagi dia tu boleh dipercayai .

Aku belajar agar tidak mudah menilai seseoarang terutama pertama kali berjumpa.
Aku belajar  untuk terus mengukir senyuman , mengeluarkan gelak tawa meskipun hati menahan sejuta kedukaan.

Aku belaja untuk menghargai apa yang telah Allah kurniakan kepada kita tanpa mengeluh apa pon.

Dan yang paling penting yang aku belaja ialah untuk tidak berjanji terlalu banyak sebab nanti susah nak tunaikan . jenuh tu.

Alhamdulillah Ya Allah kerana jadikan menjadikan aku dengan dia kawan.
kawan yang mampu mengingatkan aku kepada-Mu, 
yang sudi menberi aku ruang untuk merasai keindahan ciptaan-Mu.

 13 april 2014 : 3pm : HPP

No comments: