Pages

amarah

Assalammualaikum.

Alhamdulillah, majlis khatam Al-Quran berjalan dengan lancar. makin hari aku semakin mengerti hebatnya perancangan Allah. MasyaAllah !


Kenangan yang tak dapat dilupakan meskipun beberapa kali kau cuba memaksa diri kau melupakannya.

Peristiwa yang kau ingin buang sejauh jauhnya tapi tak mungkin mampu kau lakukan seoarang diri.



Perasaan yang dulu kau cuba pendam yang kau cuba nafikan walaupun jauh disudut hati kau, kau terlalu menginginkannya, kau terlalu ingin selalu mendampinginya.



Ingatan yang tak pernah luput walau kau tahu setiap solat kau harus kyusuk kerana Allah tapi dia jua yang hadir dalam setiap doa kau , dalam setiap istikarah kau, dalam tangisan setiap doa kau. Kau meminta pada Dia dengan penuh pengharapan.


Kini.. semuanya hilang terhapus dek kerana amarah manusia yang tak reti nak bersabar. 
Tak reti nak bersyukur dengan nikmatnya. 
Tak tahu nak menjaga imannya melawan godaan syaitan lakhnatullah.

Aku hanya manusia ! hamba Allah ! khalifah Allah dibumi yang menjadi pelabuhan yang sementara ini. Seperti berlabuhnya kapal kapal diperlabuhan untuk mencari bekalan sewaktu perjalanannya kelak.

Tapi kenapa aku membiarkan hawa nafsu aku mengawal segala tindak tanduk aku ? dan kenapa aku merelakannya ?!

Kenapa aku mebiarkan sejarah silam berulang kembali ?

Mana istiqomah kau ?
 mana tingginya keimanan kau ?
 mana harga diri kau ?
 mana hilangnnya ego yang kau agung agungkan dulu ?

Perempuan..

perempuan yang paling mahal harganya bukan sebab dia bertudung labuh. 
bukan juga sebab dia tahu jaga batas pergaulan diantara lelaki dan perempuan.
 Tapi sebab dia tahu nak jaga diri dia dari menjadi fitnah lelaki , fitnah dunia, fitnah dajjal. Allahuakhbar, besarnya nilainya.

Lagi mahal dari nilai seorang nurse yang Hep dok banggakan.
 Kononnya harga seorang nurse bernilai 110 RIBU.
Wajar ke seorang nurse yang juga seorang perempuan harganya semahal tu yang acapkali berpakaian beruniform untuk berbakti kepada negara , kepada negeri tercinta kepada masyarakat tetapi dicop berpakaian “baju kebaya”?

Got it ? dapat tak apa yang aku nak sampaikan kat sini ?

Mungkin aku marah , aku terasa..

Tapi aku tak mampu nak luahkan apatah lagi berbicara.. 
Kerana yang aku mampu hanya membiarkan 
tinta berbicara,
 keyboard bergerak ,
 jari jemari menari nari. 

Allah !

#malam ni 15 ramadhan. Jangan lupa baca doa qunut time teraweh. Salam ramadhan ! J


No comments: