Pages

jangan lupakan aku

Alhamdulillah , hujan turun jua kat bumi kajang ni.
kesian aku tengok tumbuhan sekeliling aku ni.
dari hijau cantek bersinar berubah kaler jadi perang.

ohh , mungkin macam tu lah perubahan warna rambut tiger prawn.
dari hitam bersinar bertukar gold brown.
kerana dek panasnya matahari.
tapi cantek tapi kesian tapi macam nak ketawa.
boleh aku ketawa tak ?

HAHAHAHAHAHAHAHAHA ! * gelak besar

Alhamdulillah , aku boleh bau air hujan ni.
waaaaahhh ! segar baq ang :D
tapi tak sesegar air laut yang aku minum time kat langkawi dulu.
lalalala...

wait , sebenarnya idea aku tengah bersepah sepah ni , cuma tak tahu nak kutip dari mana .
so maaf lah macam serabut sikit.
HAHA !

" nanti jangan lupakan aku "

eh ? memang sifat aku suka lupakan orang ke macam mana ea ?
setiap kali aku berkawan dengan orang , then mereka mesti cakap macam tu.

" awak jangan lupakan saya "
" awak nanti mesti lupakan saya , awak kan perlupa "

okeyyyyy !
bla bla bla * hirup milo blanded
seeeeeeeejjuuuuuuuuukk <3 <3 <3

aku tak berani janji yang aku akan ingat kau sentiasa sebab aku pon manusia biasa gak.
makan semut banyak sangat ouh , ingatan lemah.
atau mungkin memeori otak aku ni getting low?
maca memori hanfun aku tu.
bila penuh je kena delete. kesian kan :DD
banyak sangat benda yang perlu diingat kot ?
mungkinlah mungkin :)

cuma aku berharap suatu hari nanti bila aku hampir atau aku hanyut dalam dunia aku sendiri.
aku berharap sangat ada orang datang kat aku
ingatkan aku , 
tegur aku,
bukan dia buat bodoh je dengan aku , 
atau dia join sekali buat keje gila sama dengan aku. 
HAHA !

* berharap macam ada orang selamatkan aku time kat laut dulu, hanyut kat laut.
tapi kali ni aku mungkin lemas atas darat. 
macam mana tu eh ? * imagine

aku.. mampu cakap.. 
tolong doakan aku...
tolong doakan aku...
tolong doakan aku...

honestlylah yang aku memang ego.
ego yang tinggi gila gila . kalah KL tower tu.
oleh yang demikian doakanlah aku dari jauhhh.
mungkin sebab doa korang tu , Allah lembutkan hati aku ni.
insyaAllah , tiada siapa tahu bukan ? :)

* faidah faidah . 
* adek ceq dok berletiaq. haih... popek popek.
 diam sat ja boleh tak. ceq guna lappy bukan lama sangat pon. haha.. 
depa dok marah sebab time dorang on lappy tme tu gak lah aku nak menyibukkan. 
bukan apa , aku malas lah nak on lappy ni. HAHA !

okeyyy , idea aku yang bersepah tadi dah surut , sesurut aku blanded dalam cawan ni. hehe :3

may i say something crazy ?



semester break

first at all nak ucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada sang Pencipta , Allah.
Subahanallah , segala puji bagi Allah. tuhan pentadbir seluruh alam.
Alhamdulillah , terima kasih Ya Rabb.
Allahuakhabr, Allah Maha Besar.

*tergetaq baq hang menaip entry kali ini. getaran jiwa yang dapat dizahirkan melalui perbuatan atau mungkin sebab aku dah lama tak sentuh lappy ea ? :)

yups , aku tengah cuti semester sekarang. 
tanpa tak sedar sekarang merupakan final semester aku dekat penjara tu.
Alhamdulillah akhirnya aku dapat " membebasakan " diri dari pulau yang terancam tu . HAHA !

macam tak percaya !
pejam celik pejam celik .
begitu cepatnya masa berlalu .
tiga tahun . waaa~

taknak habis belaja lagiiiiii....
taknak kejaaaaa.
nak jadi studebt yang bergaji je. boleh tak ? haha..

so far Alhamdulillah , aku habiskan cuti semester aku ni dengan efisyen nya.
haha , berjalan selagi mampu.
makan selagi boleh.

#wa balik 29hb ni, flight wa pukul 10.30pm kat hentian kajang. 

kerana Allah


kenpa kita berkawan dengan seseorang ?
sebab kita suka dia ?
sebab kita minat dia ?
sebab dia hot ?
sebab dia kaya ?
bla bla bla...
semua jawapan tu hanya ada pada diri kita sendiri.
tepuk dada tanya selera.

berkawanlah dengan seseorang kerana Allah.

kenapa Allah adakan pertemuan dan kemudian Dia adakan juga perpisahan ?
mungkin kerana Dia ingin kita berjumpa dengan orang yang salah dahulu agar kita lebih menghargai orang yang sebenar benarnya.
mungkin Dia ingin kita belaja sesuatu dari setiap orang yang kita jumpe, bukan hanya untuk berkawan bersuka ria tetapi turut mengambil ikhtibar dari kisah hidup mereka.

Masya Allah hebatnya perancangan Allah , Hebatnya aturan Allah.

bila kita baru nak kenal seseorang , kita malu malu , jual mahal tapi bila dah lama lama kenal hilang rasa malu . kita mula tunjuk perangai kita yang sebenar . 
kita bercerita tanpa henti , kita gelak ketawa , bergurau senda. hinggalah suatu saat bila telah ditetapkan oleh Allah . cukuplah sampai sini ... semuanya pun berakhir.

mungkin tiada lagi gelak ketawa , bercerita, gurau senda.
mungkin kita tidak lagi berhubung.
mungkin selepas ni bila kita berjumpa tida perkataan " hai " ataupun " eh , ni kawan aku "
mungkin , mungkin , mungkin.

Allah , jagakan dia.. :')

lalai

Assalammualaikum.

27 may 2014 bersamaan 27 Rejab 1435 Hijrah
Salam Israk Mikraj

scroill timeline..

sibuk pk cari baju raya..
sibuk nak match baju dinner..
tapi aku lupa pd..
baju putih itu..
‪#‎muhasabahdiri‬#aku
‪#‎manusiadhaif‬

#tetiba terjumpa ada sorang hamba Allah ni update status macam ni. 
mungkin tersentap sekajap. terjaga dari tidr yang panjang.
sungguh , sekian lama tiada siapa yang mengingatkan aku tentang " kain putih " tu.
sehingga aku lalai. leka. dengan nikmat dunia yang hanya sementara ni. 
Astafirullahhalazim.


kehujanan

Alhamdulillah * hirup udara segar
nyamun sungguh harini , dengan nyanyian burung yang tak henti henti mengejutkan dari lena yang panjang.
bunyi tiisan air hujan yang menitis satu satu ke atas zink bumbung.
suasana pagi yang kian mencerahkan bumi.


Alhmdulillah Ya Allah kerana masih memberikan aku peluang untuk menghirup oksigen kurniaan-Mu ini tanpa sebarang bayaran.
Syukran Ya Allah kerana memberikan aku peluang pada harini ini untuk membetulkan kesilapan yang aku lakukan pada hari hari seblumnya.
Terima Kasih Ya Rabb kerana masih memberi aku peluang untuk mengutip sebanyak mungkin pahala pahala di sepanjang hari yang telah Kau kurniakan kepadaku.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhmdulillah * alunan zikir terapi Hafiz Hamidun.

#semenjak aku dapat Cd ni takpernah aku keluarkan dari lappy ni sebab nak mudahkan aku mendengar. open je lappy , zikir ni dimainkan.
#terima kasih kepada si pemberi <3


tinggal 3 minggu jelagi nak habiskan kerja, no i meant untuk sem ni.
betul kata kak fiya :

 " adek rasa lama kan 3 tahun kat sini , sebenarnya sekejap je.
akak pon tak sangka akak pon dah habis da study sini "
rindu kak fiyaaaa :')

#teringat coretan kak fiya dalam kad tu.

final exam dah pun lepas cuma debaran untuk tunggu result je.
tak berani nak cakap banyak cuma aku berharap... berharap yang aku tak gagal.
sebab aku dah rasa payahnya kena repeat paper weh.
oh noo. tak sanggup lagi aku ulangi sejarah silam.

Dinner ?
oh ya, dinner will be end of this month.
erggghh ~ memang taktahu lah nak pakai baju apa cerita dia.
macam tak penting je kot nak pk * bagi aku jela.
atau memang aku tak amek pot sangat hal hal macam ni. * maybe.

* PAAAAAAAAAP !

okeyyy , tu bunyi hanfun aku jatuh dari atas meja * biarkan jela.
takpela hanfun takmahal fun , lagipun bukan hanfun touch skrin ke apa..
tapiiii.... * kutip balik pasang betry and on balik.
its still mine. tak kesah lah mahal ke murah ke kalot ke apa.
asalkan aku selesa dan menjadi diri sendiri.
hargai sikit weh apa yang kau ada.


tak sabarrrr nak tunggu khamis ni.

" gaju masukk "
tak sabar nak makan macam macam * belek belek list
HAHA !

#SELAMAT PAGI burung burung , carik makanan banyak banyak tahu !
besarkan anak anak dalam sangka. * sangka ek?
bila nampak manusia buat maksiat , buat bising biar depa sedar yang sebenarnya depa tengah buat dosa. ahaks !

#counting the days #kuala lumpur #wont back to the old me

Subahanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar

bismillahirrahmannirrahim.
Assalammualaikum.

Alhamdulillah .
 syukur tak terhingga kepada Allah S.W.T kerana masih memberi aku peluang untuk melihat keindahan dan kecantikkan alam yang diciptakan oleh Dia yang Maha Esa lagi Maha Agung.

MasyaAllah , sungguh Allah itu sebaik – baik pencipta. Dialah yang menciptakan Langit dan Bumi tanpa sebarang cacat cela. 

Keindahannya sangat menenangkan jiwa setenang air kolam yang tidak terusik oleh dedaun yang berguguran mahupun angin bayu yang meniup lembut.

Niat dihati hanya ingin melihat keindahan ciptaan ilahi tanpa ada sebarang maksud untuk melakukan maksiat mahupan dosa atau perkara dosa lain.
 Semoga sahaja Allah mengetahui niat hatiku
. Insya Allah.

Aku belaja sesuatu harini , aku belaja untuk tidak menceritakan sesuatu ,masalah yang kita hadapi kepada orang lain lagi lagi kepada sesiapa yang baru kita kenal ataupun dah kenal lama tapi belum tentu lagi dia tu boleh dipercayai .

Aku belajar agar tidak mudah menilai seseoarang terutama pertama kali berjumpa.
Aku belajar  untuk terus mengukir senyuman , mengeluarkan gelak tawa meskipun hati menahan sejuta kedukaan.

Aku belaja untuk menghargai apa yang telah Allah kurniakan kepada kita tanpa mengeluh apa pon.

Dan yang paling penting yang aku belaja ialah untuk tidak berjanji terlalu banyak sebab nanti susah nak tunaikan . jenuh tu.

Alhamdulillah Ya Allah kerana jadikan menjadikan aku dengan dia kawan.
kawan yang mampu mengingatkan aku kepada-Mu, 
yang sudi menberi aku ruang untuk merasai keindahan ciptaan-Mu.

 13 april 2014 : 3pm : HPP

hope

Assalammualaikum

Alhamdulillah , Alhamdulillah , Alhamdulillah .
itulah perkataan pertama yang terpancul keluar selepas semua yang teruk berlalu pergi.

sebab aku hanya manusia biasa , yang punya kelemahan .
yang punya keburukkan , yang punya hati jua perasaan yang kadang bergelora.

maaf , maaf , maaf.
memang aku bukan seorang yang baik dan bukan juga yang terbaik.
jangan mengharap pada yang tak pasti.

aku tidak lari dari kenyataan , aku hanya menyepi buat seketika.
bukan terus hilang dari realiti.
cuma mencari sedikit kedamaiaan hidup.



penang

Dulu sering mengeluh . apalah yang best sangat kat penang ni tak tumpah macam penjara. Ala... penjara sebelah hospital tu. Hehe..  * marah orang penang. Tapi hakikatnya erti penjara tu hanya bila berada dalam kolej ja. lepas dah duduk penang ni hampir lebih dua tahun , makin lama makin jatuh cinta pada keindahan dan kecantikkan kota penang ni .


Alhamdulillah. Sebenarnya banyak benda yang cantik indah lagi yang ada kat malaysia ni selain bangunan yang tinggi tinggi mall yang gah , pusat karoke , wayang , shopping compleks yang macam kat KL tu * market sikit.


Tanpa sedar , sebenarnya penang jua mempunyai daya tarikkan tersendiri walaupn hanya duduk kat dalam pulau. Pulau yang kecil dan menggerunkan * lagi lagi bila hujan atau angin kuat. Haha..
Beberapa hari lepas telah aku menimati keindahan ini, yaaa . betul.

Kota penang bukan salah satu tempat untuk study , tempat ni sesuai untk pelancongan je. Kalau betollah nak study memang kena masuk ceruk ceruk sana sikit barulah tak tergoda dengan keistimewaan yang ada kat penang ni. Hehe.
.
Okjey , balik ke tajuk kita * kalau aku dah bebel tahun depan pon tak habis. Okey la penang ni. Best.
Best ? waaaa ~
Besttt ke ?
Best sangat derr XD


First sebab ada pantai ! mestilah ada kan sebab nama pon duduk kat pulau. Haha.. suka tengok pulau . dapat tenangkan hati * alunan ombak... weeh , air pantai okey bukan air acaiq * apa jadah tu ? HAHA ! nak taw tanya ah orang utagha, aku pon pelik gak . nape tak sebut air longkang je. Lagi senang kan. Ni nak cakap pon terbelit lidah. Haha..


Pantai pasir panjang , dekat dengan pulau bentuk penyu tu * dekat ke memang kat situ ? confius. Haha..

Second sebab ada satu bukit yang tinggi * macam bukit ampang atau tinggi lagi , tak tahu laa.. . dari atas tu boleh tengok penang. Then baru tahu penang ni ada sawah * haha , ouh utagha cakap “ PERAK BUIH “ HAHA.. apa punya bahasa la. Berkerut kening aku dengar . * kerut kerut kening. Haha..


Ketiga sebab jalan dia pusing pusing , macam jalan kat bukit putus tu . drift sana drift sini dan pening * bweeeeek ! macam nak muntah je segala isi isi perut yang ada. Nasib la time nak p ni belum makan lagi. Kalau tak mesti membazir je. Makan makan dan terkeluar semuaa.


Yang paling menariknya kan ada satu tempat air terjun ni. * bunyi macam best. Tapi bila lalu.. eh ? mana air terjunnya ? * air terjun dah kering laahhh.. * ouh , berkata dalam hati , musim panas kot nah. Haha.. air terjun titi kerawang. Haha . * maafkan beta kalau masa tuan hamba pergi air terjun ni masih ada air , sebab time beta p sana tengok memang takde air pon . haha..

 terpikir juga aku , air terjun pon da takde air mengalir. Teruk sangat ke musin panas kat kota penang ni ? ==’


ouh , pusing punya pusing lagi jumpe lah satu empangan. Empangan ? ha ! empangan lahhh.. besar gila. Ibaratkan aku ni semut kecil yang hina dan berdiri diatas satu mangkuk yang penuh dengan susu coklat * nyuummmmmyyy lazatnyaaaa. Haha.. tapi kan.. empangan ni pon airnya main susut. Seolah olah ada seekor raksasa besar dah sedut air empangan ni menggunakan stro. Takpun mungkinkah spangebob dan masuk dalam empangan ni dan menyerap semua air empangan ni ? hahaha.. * merepek ! maaf yea penduduk sekitar empangan teluk bahang. Gurau jaaa.


Perjalanan diteruskan ke destinasi yang tidak diketahui. Merangkak punya merangkak * sebab jalan jem gila tapi dapat ditenangkan dengan alunan zikir terapi Hafiz Hamidun <3
Punya ahh jem rupanya depa ni pergi sambut pesta songkran * okeyyy , jangan tanya beta. Sebab beta pon tak tahu pesta apa. G tengok kat google search la ea .


Finally wa jejak juga kaki kat masjid yang sering disebut sebut ni MASJID TERAPUNG TANJUNG BUNGA , ingatkan kat terangganu je ada masjid terapung ni rupanya penang pon ada * nampak tak hebad situ . haha.. tapi sayang nya air susut jadi taknampak lah masjid ni terapung . huhu.. dan yang paling memalukan * yeaa , sangat malu . bila pergi masjid macam tak sopan je. Pakai seluar jeans dengan baju MU nya. Then barulah perasaan sebenarnya baju MU tu ada lambang setan. * tu pon setelah ditegur. Ya Allah , lemahnya iman . malunyaaa tak terkata.


*nak buat cam ne solat lagi penting * memang lah tapi dengan pakai macam ni nak masuk masjid . aih , segan baq hang ! haha.. * cakap dalam hati sendiri . padan muka kau , sape suh pakai macam tu lagi. Hahaha.. * insaf sattt. 

kemudian kita pergi , carik makan !
lapaq woi dari pagi tak makan .
* tengok tengok beta dah slim. haha..

this ! domino . untuk seumur hidup aku. maksud aku sepanjang 21 tahu aku hidup nilah kali kedua aku makan domino.
sedap baq hang ! laaaaazzzzzaaaaaat~ !


siyes sedap  lembut dan panas ! haha..
ngidam nak makan lagiiii~


and thnks to this man for wasting his time for me .
and sudi jadi drebar beta . Haha !


he said : ada perbezaan diantara kawan dan kekasih . jadi tak semestinya bila kita dah ada kekasih kita tak boleh nak berkawan kan ?
like this statement . wow ! asal pemikiran tuan hamba seperti beta ?

#ada kekasih tak semestinya tak boleh berkawan kan :)

art


bismillahhirrahmannirrahim

lepak sebentar di blog yang kian kusam .
sekusam hati yang dah lama dipenuhi dengan noda - noda hitam.

tidak mampu menolak  dek kata kata manis yang kian menggoda jiwa
yang semakin lama menghancurkan prinsip dan istiqomah yang dulunya seteguh karang dilautan

aku disini bukanlah seorang pensyair yang hebat
bukan pula seorang yang petah berkata kata dan membidas

aku bukan seorang faslafah
bukan jua seorang seniman

aku hanyalah hamba-Nya yang mencari jalan ketenangan
ketenangan yang bagaikan telur dihujung tanduk di akhir zaman ini.

#amboi , sejak bila aku dah pandai tulis gini :)


#takda motif

researcher Faidah Najihah



Alhamdulillah , Terima kasih Ya Rabb <3.
akhirnya satu persatu masalah yang timbul dapat diatasi dengan bantuan rakan seperjuangan sekalian.

Syukur tak terhingga kepada Allah S.W.T kerana memudahkan presentation kami pagi tadi walaupun terdapat soalan yang bertubi tubi ditujukan kepada group kami * padahal aku jaga slide je pon.

sedikit berbangga kerana berjaya gak habiskan kajian ini erti kata lain kami layak menjadi researcher ahh
 * depa ja , aku tak buat apa pon


Maaf diatas segala kesukaran yang dihadapi. Dan terima kasih diatas kesabaran kalian terhadap saya.



group L , medication error

#18 april 2014 # jumaat #9.30am # dewan teratai

semuanya salah

Kau cakap aku beruntung sebab aku ada segalanya. Kau cakap kau ada keluarga yang bahagia , duit yang banyak , masa depan yang cerah tapi pernah kau tanya pasal diri aku detail lagi ?

Yang kau nampak , yang kau lihat dan yang kau dengar tu hanya khabar angin je. Pernah kau dengar pepatah tak ?  “ indah khabar dari rupa ? “ mungkin macam tu  lah perumpamaannya .

Bila aku cakap aku masih mencari sesuatau yang hilang , kau cakap hidup aku dah complete semuanya. Kau lupaa... aku hanya hamba Allah. Pegangan agama aku masih lagi terkapai kapai.

Jika kau sangka dengan adanya duit yang  bnayak mampu menghiburkan kau , kau silap. Andai kau rasa kawan yang ramai  akan ada dengan kau time susah semuanya, kau salah.andai kau fikir keluarga yang meriah akan kekal selamanya , ternyata kau sangat salah.

Kita semua manusia, kita semua buat silap. Bahkan lebih daripada kesilapan biasa yang telah kita lakukan.
 Tidak kah kau mengerti wahai sahabat ?

Kebahagiaan tu tak terletak pada kayanya seseorang , tidak juga terletak pada siapa latar belakang keluarga dia , pendidikan dia , pekerjaan dia. Tapi pada siapa diri dia, bagaimana dia treat diri dia untuk mendapatkan redha ilahi .

Kebahagiaan tu bukan hanya didunia duhai sahabat, tapi turut diakhirat kelak

“ Barangsiapa yang banyak ketawa didunia , kelak dialah orang yang paling banyak menangis di akhirat. “

Mahukah kau jumpe aku menangis diakhirat hingga aku ditenggelami airmata sendiri di masyar kelak ?

Sahabat , aku tidak ingin punya kawan berjuta juta tapi hakikatnya bila kau perlukan mereka sezarah kuman pun tidak berani menghadirkan diri.

Sahabat , aku tidak meminta diberi emas selautan hindi untuk kau bersahabat dengan aku , Cuma aku inginkan kata kata nasihat yang mampu mengingatkan aku pada Yang Maha Esa.

Sahabat , aku tidak membandingkan latar belakang keluarga kau dengan aku , pernah kah taraf keluarga yang aku bangkitkan ketika bersahabat dengan kau suatu tika dahulu ?

Sahabat , bukan ke janji Allah itu benar ? bukan ke Allah telah menjanjikan rezeki buat hambanya ? jadi kenapa kau mula meragui janji Allah ?

Mungkin sekarang rezeki aku , belaja mudah dan dapat kerja kelak. insyaAllah.
Tapi pernahkah kau terpikir rezeki kau jua ada dimana mana cuma belum sampai pada engkau lagi ?

Duhai sahabat kesayanganku , kita berkenalan tika kita saling dalam memerlukan . tiada niat dalam hati aku untuk menjauhi kau.

 Kau kan tetap dalam doaku sahabat. Takkan pernah lupus seperti lupusnya makanan yang mempunya tarikh luput. Takkan berkulat seakan makanan yang tercemar.

27 mac 2014 : 8.30 am : a48

beza suka, sayang dan cinta

tahu apa itu suka ? 
apa itu sayang ?
dan apa itu cinta?

aku ? 
pastilah aku pun taktahu juga.
tapi ni pendapat aku lah.

suka itu ditujukan kepada semua orang.
jika kita tak suka dia , kita takkan kawan dengan dia kan ?
sebab kita suka dia , kita kawan dengan dia.

 sayang pula ditujukan buat orang yang rapat dengan kita.
kita selesa berkongsi cerita dengan dia ,
happy bila dengan dia.

dan cinta tu ditujukan kepada dia yang selalu kita ingat
walaupun dia tak pernah ingat kat kita.
macam macam kita korbankan untuk dia tapi dia buat tak tahu je.
atas dasar cinta , kita sanggup..

butakan mata ,
pekakkan telinga

semua pasal dia.

rasanya yang cinta tu , lebih baik kita tujukan kepada yang halal buat kita.
kenapa nak bagi seluruh jiwa raga buat orang yang belum tentu lagi kan ?
dan akhirnya kalau dia tinggalkan kita pon , 
takdelah kita frust menonggeng gitu.

ataupun dengan kata lain.
kenapa nak sibuk carik cinta ?
kita mungkin jadi bakal pengantin 
tapi pasti jadi bakal jenazah.
mana yang lebih penting ?

tepuk dada, tanya selera. * laparrr =.=

p/s : hati dan perasaan tak boleh di paksa . 
andai takmahu dilukai , sila pergi sekarang .
 andai tahu akan dikecewekan boleh angkat kaki sekarang. 
takde siapa nak paksa dan tiada siapa pun yang memaksa.
pilihan ditangan sendiri. 
andai cara seakan memberi harapan , beritahulah agar tak terus berharap.

Allah ialah sebaik baik perancangan :)

pakcik pelik


Assalammualaikum.

semua yang di dunia hanyalah pinjaman semata mata.
dari Dia ia datang dan pada Dia ia akan kembali.
takziah buat sahabat aku. 
aku lebih rapat panggil dia pakcik pelik.

dia baru je kehilangan mama tersayang , 
arwah Norliah binti Nordin.
mohon pertolongan kalian untuk sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.


ayat ni selalu aku guna. dah macam trade mark aku dah.

" awak , jangan lah sedih . hidup mesti diteruskan walau apa pun terjadi "

tapi kenapa bila pada keadaan yang tepat perkataan ini tak keluar ?
lidah kelu tak terkata.
Allah , speechless aku . * airmata menitis.

jangan lah sedih , hoi ... gila tak sedih wehh.

orang yang selalu ada time aku susah , time aku sedih dulu.
dialah , buat aku ketawa dengan lawak jenaka dia.
sikit pon tak pernah aku tengok dia sedih.
walaupun time tu dia sendiri ada masalah.
betapa hebadnya dia mengaburi hati semua orang
dengan gelak tawa dia.
Allahu , berilah sahabatku kekuatan.

pertama kali aku lihat wajah dia sadis.
matanya berair seakan menahan sebak.
lesung pipit hilang disebalik wajah yang sayu.

berat hati nak tinggalkan kau dalam keadaan macam ni walaupun kau kata kau okey.
aku tahu kau tipu !
berat hati aku nak balik penang weh , tapi apalah daya aku.

aku doakan kau kuat sahabat..
maaf , takdapat ada untuk kau.
aku sayang kau !




deep , deep , deep..



Assalammualaikum

aku pun seperti kau , aku manusia biasa yang punya perasaan , punya kesalahan , punya impian dan masa dan jua punya aib seperti kau , seperti mereka seperti yang lain.

maaf jika aku terlalu lancang berkata-kata , maaf jika penulisan aku membuatkan kau rasa menyampah , maaf jika segala status aku , tweet aku , blog aku buad kau rasa " hipokrit gila minah ni ".

aku tak nafikan aku tak sebaik mereka dan aku jua tak nafikan yang aku yang tak seteruk meraka. sedangkan Allah berusaha menutup aib hamba-Nya takkan lah aku dengan senang hati nak buka aib aku untuk tatapan umum ? Astafirullahalazim.

tak puaskah kau hidup berbalutkan dosa ?
tak takutkah kau akan panasnya api neraka?
sudah banyakkan amalan ibadah kau ?
cukupkah semua itu ?

sahabatku , 
diri kau yang memilih jalan hidup kau sendiri 
kaki kau yang menentukan arah mana ia melangkah
mulut kau yang menjawab setiap pembohongan yang kau cipta.
Astafirullahalazim .

aku dulu seperti kau juga , jauh aku terpesong.
bukan aku tak cuba mencari jalan kembali , aku cuba . 
dah macam macam aku cuba buat agar aku jumpe ketenangan yang hakiki ,
da berbagai orang aku jumpe dengan harapan mereka dapat menarik aku ke jalan Ilahi,
dah beribu-ribu duit aku laburkan untuk mencari Dia , 
tapi aku gagal..puas aku cuba hinggakan pada satu tahap aku mulai putus asa dengan rahmat Allah ,
Astafirullahalazim , ampuni aku Ya Allah.

Alhamdulillah , sehingga tiba-tiba Allah memberikan aku Hidayah dan Petunjuk-Nya pada aku.
syukran Ya Allah , kerana masih sayangkan aku , masih ingin memberi peringatan kepadaku, Subhanallah :)

tika itu , jika satu hari aku aku tak mendengar alunan ayat suci Al-Quran * lagi lagi bila kotor *
jiwa aku seakan tidak tenang ,
 hati aku berdebar , 
gelisah , badan mengigil ,
 dan hanya mempu menangis tika itu.

waktu itu aku hanya mengharap ada seseorang yang sudi membacakan ayat-ayat Al-Quran pada aku.
dan hati aku akan jadi tenang semula.
MasyaAllah , setenang tenangnya,

ada ketika air mata aku laju mengalir apabila membaca surat cinta dari Allah ,
meskipun tika itu aku masih kurang pengetahuan akan maksud isi kandungannya ,
berat hati aku untuk meninggalkan kitab itu  , rasa seperti mahu sentiasa mendampingan kalam Allah itu.
Subhanallah , Alahmdulillah , Allahuakhbar.

aku benci orang yang dedahkan aurat , menutup aurat tetapi bertelanjang ,
aku benci orang yang sukakan hiburan ,
bercakap benda yang lagha , mengumpat , maksiat .
malah hingga aku cuba " hilang " dari semua kawan kawan aku.

aku rasa aku cukup kuat nak berhijrah seorang diri kerana aku yakin aku ada Allah ,
aku yakin yang Allah akan sentiasa bersama aku ,
aku yakin semua ibadah , amalan , cara yang aku buat ni betul ,
dan aku yakin Allah akan menerima semua yang aku lakukan ini,

sekali lagi aku silap .
aku takkan mampu berubah seorang diri lagi lagi tanpa guru .
aku tak ingin syaitan laknatullah jadi guru aku.

keyakinan itu penting tapi jangan terlalu over confident , nty jadi macam aku.
sejujurnya , biar pun luaran aku ganas , buas , kasar .
tapi dalaman aku sebaliknya.
walaupun aku pura pura kuat berhijrah seorang diri , tapi hakikatnya tidak.

siapakah yang sudi , memegang erat tanganku ?
siapa yang mahu , bersama aku mencari jalan cahaya keimanan ?
siapakah yang rela berkorban denganku untuk mendapat redha - Nya ?

hmmm...





nurse wanna be



lama tak bertamu di laman blog , kerap menghadirkan diri di twitter sahaja .
semoga kalian tak jemu singgah ke blog kami :)

Assalammualaikum.
Alhamdulillah , macam tak percaya sekarang aku dah tahun ke tiga dalam nursing.
rasa macam baru semalam je belaja anatomy badan , baru belaja nak bagi ubat.
kurang dari tahun dari sekarang , insyaAllah . 
aku bakal bergelar staff nurse.

dulu.. mungkin aku hanya memikul tanngjungjawab sebagai khalifah , anak , kawan , pelajar.
tapi pada masa hadapan..
aku bakal digelar..

 " JURURAWAT "

yang bukan hanya memikul tanggungjawab sebagai anak , tapi jua sebagai seseorang yang bertanggungjawab menjaga dan merawat orang,
tika ini , segala kesalahan yang dilakukan semuanya atas bahu sendiri.
tiada siapa akan cover.

Allah , semoga sahaja aku kuat..

salam maal hijrah 1435

Salam maal hijrah 1435

Assalamualaikum wbt cinta
Assalamualaikum wbt rindu..

Rasa tak apa yang saya rasa ?
dengar tak apa kata hati saya rasa ?
nampak tak apa yang fikiran saya tengah fikirkan ?

saya tahu awak mungkin rasa, mungkin tak
saya tahu awak tak dengar kata hati saya, tapi saya tahu awak faham isi hati saya
saya tahu awak tak nampak apa dalam fikiran saya, tapi saya tahu awak tahu apa y saya fikirkan

awak, salam maal hijrah 1435.

1435 dah awak . cepat sangat jarum jam berdetik, cepat sangat jarum tu berputar . dah jauh rupanya langkah kita . tapi awak ingat tak dalam langkah dan perjalanan yang awak dah lalui tu apa yang dah jadik, apa yang awak dah alami ? baik atau buruk, manis atau pahit . saya tahu awak sentiasa kuat .

Semalam, 4hb november 2013

dengan awak, gorilla n’ kak bulan, kita sama-sama baca doa akhir tahun, solat maghrib jemaah, baca doa awal tahun, baca yasin, tengok video ya hanana dan ya badrotim  n akhir dengan solat isyak jemaah. 
Terima kasih Ya Rahman Ya Rahim sebab izinkan saya sama-sama awak n’ diorang untuk mulakan tahun baru ni dengan semua tu . alhamdulillah !

Azam tahun baru ?

Hm hm, haha * malu tetiba . azam saya cuma satu. Saya nak kejar Yang Maha Pencipta . awak tahu kan, selangkah kita dekat dengan ALLAH, berbatu-batu langkah ALLAH dekati kita. Saya rindu ketenangan. Saya rindu nak rasa pelukan kasih sayang dari Dia. Saya tahu awak pun sama kan ? jom awak ! kita langkah sama-sama perlahan-lahan cari semua tu . saya nak jumpa awak kat taman syurga nanti . 

semoga ALLAH swt berkati seluruh umur kita, awak 

nak tahu satu benda tak ? saya tak pernah bagitau awak benda ni . awak ingat tak kita pernah segroup masa sem 2 dulu ? kerja dalam wad sama2 . maen dalam wad sama2. Saya tak pernah rapat dengan awak tapi masa saya dapat tahu awak kena repeat paper masa exam final tu, fokus saya nak buat kerja terus hilang. Kalau boleh masa tu jugak saya nak balik kolej, jumpa awak. Saya tanya semua orang awak macam mana. Nangis ke awak. Awak ada dengan sape. Saya pun tak tahu kenapa saya risaukan awak sampaikan masa saya keluar dengan kak H petang tu dia marah2 sebab katanya muka saya gila-gila stress . tapi saya tak pergi pun jumpa awak, tak pergi pun wish luck kat awak. Kan? Cukup ALLAH tolong awak.. saya yakin awak kuat 

hm hm, saya tak harap pape pun . saya cuma harap ALLAH redhai dan berkati tali persahabatan ni.
Sekali kita kawan, sampai bila2 pun kita tetap kawan, kan ?

Awak, terima kasih untuk semua benda. Terima kasih bagi senyum dan gelak untuk saya. Terima kasih hilangkan air mata saya. Terima kasih tarik tangan saya time saya jatuh .

Seriously, saya bukan kawan yang baik. bukan jugak kawan yang mampu buat awak senang sepanjang masa. Tapi insyaALLAH, saya tetap kat sini . ada kat sini. Tunggu kat sini untuk awak cari dan jumpa saya untuk awak cerita masalah awak. Untuk awak sandarkan bahu awak bila awak sedih dan penat dengan pahit masin hidup ni. Saya tak janji tapi saya angkat dan tadah tangan semoga allah izinkan persahabatan ni kekal hingga JannahNYA.

Faidah najihah md sairy.

Semoga ALLAH sentiasa melindungi awak dengan kasih sayangNYA dunia dan akhirat.

Saya tak sayang pun awak . haha

Beruang, gorilla and cicak kobeng . hmm hm. Cicak kobeng tu dah boleh tukar jadik biawak kenyang .
Terima kasih naikkan berat badan gua serta merta dalam masa just 2 3 hari. Tahniah ! nak bagi penghargaan ase kat korang . -,-'

Awak, jangan lupa saya *



Ikhlas, dari kedalamam 2000meter hati saya.
Norhazirah rabuan
(cahaya pilihan terbaik)
5nov2013 / 10.08am

beruang kutub n' biawak kenyang . hoh ?


sebab pic gua y ni comel n' korang hodoh .

Kak bulan ada cakap ‘ u know what hazirah,act u’re the lucky one. U lost one but u get others . the different. U should grateful for that ‘
salam maal hijrah, awak 

Yup ! already knew it. I’m the lucky one 




kejahilan diri



beberapa hari lepas , hari aku nak keluar g pudu beli tiket untuk balik sini .
aku naik KTM * maklumlah , tak mampu nak drive sendiri . public transpot jela.
aku nampaklah sekumpulan perempuan .
baik sangat luarannya, insyaAllah dalaman jua.

labuh tudungnya.
bajunya longgar, bawah punggung ,
kakinya berstokin,
tunduk pandangannya.


tetiba aku tersentap.
aku pandang dorang then aku pandang diri aku .
pakaian aku , cara aku.
Allah , rasa hinanya diri.
burukkannya aku.

malu ! sebab dah 20tahun tapi masih tak mampu nak tutup aurat dengan sempurna.
segan dengan mereka..
bukan nak cakap dorang tak up to date sebab pakai macam tu.
tapi sebab mereka tak kejar dunia macam aku.

terlalu sibuk mencari bahagia di dunia hingga lupa akhirat !


Kau , Sahabat dan Pakwe


selamat pagi dunia !
Alhamdulillah , aku masih hidup lagi harini , menghirup udara segar .
for your informatian , aku sekarang dah ada kat sungai petani .
sebab tu aku boleh cantekkan blog aku .
kalau nak harap line kat rumah tu , memang macam haram la.
lembab nak mampus . HAHA !

okey , aku taknak lah buad dosa kering pepagi ni .
just nak bercerita pasal " life " kehidupan barangkali maksudnya. 

sebelum tu , aku nak mention la sikit .
sambil sambil aku update blog ni , aku ngah makan cokelat .
nyum nyum .. sedap gila lagi lagi bila jenama " F ".


HAHA ! thnks untuk semua " hantaran " ni sayangs.
sebab tu malas jumpe makcik bedah ni , kalau jumpe je mesty ada benda nak bagi . 
naik segan plak aku * tite kan sorang pemalu :*

sambung balik k. 
bila aku dekat rumah , aku belajar banyak benda.
then , untuk cuti midsem ni , aku belaja nak buat keputusan di kala terdesak.
terdesak disini bila dua dua pilihan sangat penting untuk diri kita.
contoh antara SAHABAT dan PAKWE.

korang pernah rasa tak keadaan macam ni ?
bila terpaksa memilih antara SAHABAT dengan PAKWE ?
lepas tu pilihan mana yang korang akan buad ?

takpela , biar aku jawabkan .
haruslah time tu korang akan lebihkan PAKWE lebih dari apa pon kan ?
yela time uh tengan seronok bercinta , buta semuanya . 
jangan tipulah kalau korang kata tak , macamlah aku tak pernah alami .

tapi tu aku dan korang bukan KAWAN aku sorang ni.
yang buad aku terharu gila dengan minah ni bila dia tersepit antara DUA orang yang dia sayang .
antara AKU dengan PAKWE .
tapi dia tetap pilih aku , dia tetap nak gembirakan hati aku even dia tahu dia akan terluka atau berperang dengan PAKWE dia tu.

boleh aku cakap , aku bangga dengan dia ?
HAHA ! mestylah boleh . ni kan blog aku .
suka aty akulah nak tulis apa kan.

tkdela , moral value kat sini ialah :

selagi dia tu bukan SUAMI kau , selagi tu lah kau jangan jadi orang terlebih pandai nak ikot semua rentak dia . INGAT ! dia cuma PAKWE , bukan SUAMI .

PAKWE boleh carik lah , tapi bukan SAHABAT.
memang kau cakap kawan kat mana mana boleh carik , tapi boleh kau cari kawan yang sanggup susah senang dengan kau ?
kalau ada pon mesti nisbah dia 1: 100 tawuk !



entry bulan pose

Assalammualaikum .

tanpa kita sedari , Ramadhan akan berlalu pergi meninggalkan kita.
sama ada kita mengambil peluang sebaiknya atau tidak , benda tu ada pada diri sendiri .
tepuk dada , tanya selera :)

Alhamdulillah , masih lagi diberi peluang untuk bernafas di dunia yang di pinjamkan oleh Allah Maha Besar.
Alhamdulillah , masih di beri kesempatan untuk bertaubat atas dosa-dosa yang lampau .

rasa begitu singkat Ramadhan kali ni bersama aku , atau aku yang tak pernah ambil kesempatan akan bulan yang penuh barakah ini ?
andai dulu aku kuat sebab kan tanpa bisikan bisikan syaitan lakhnatullah tu , tapi sekarang bila bulan yang mulia ni dah berlalu . mampukah aku mengatasinya ?

Ya Allah , kuatkan hati aku .
sesungguhnya , aku tengah berperang dengan diriku sendiri .
aku tengah berperang dengan nafsuku sendiri untuk mencapai rasa manisnya mendapat Redha-Mu.

honestly , tak mudah nak lupakan sesuatu yang kita dah biasa buat setiap harikan .
aku lupa , aku masih ada Allah .
lalu , Allah temukan aku dengan rakan rakan yang lebih peritnya rasa kehilangan.
aku jadi kuat , dan bila aku mulai jatuh semula kerana terlalu leka akan hal hal duniawi .
Allah ingatkan aku adanya Dia dengan berikan aku kesakitan .
lalu , aku kembali mengingatinya.
Allah , Allah , Allah ..
begitu cepat aku melupakan-Mu takala aku senang dan begitu mudah aku kembali bersujud pada-Mu tika aku sakit.

kadang kadang , aku terfikir .
layak ke aku nak berubah ?
nak jadi baik macam perempuan lain ?
sempurna tutup aurat , penuh solatnya , baik adabnya .
layak ke aku ?
begitu jahilnya diri aku di masa lalu , begitu.. argghh~ sangat marah and benci..

tapi terima kasih yang tak terhingga kat kawan kawan dan keluarga yang tak putus putus bagi sokongan dorang sama ada nampak ke tak nampak .
InsyaAllah , akan kuatkan hati untuk hadapinya.
nak berubah tu senang , nak istiqomah tu payah .
semoga sahaja aku berjaya menuju jalan yang lurus .
insyaAllah , amin.
doakan aku sekali taw :)

syiah :/

Apa itu Syiah ?
Penuh news feed kita pasal syiah kan ?
Dan kita masih berdiam diri .
Masih tak mahu ambil tahu .
Masih leka dengan teduhan kasih dan sebenarnya saya isteri dia .
Masih terbuai bermesej dengan pakwe/makwe .
Masih rasa tiada kena mengena dengan kita .
Masih lagha dengan hiburan nyanyian , menari dan bergelak ketawa .

MARI kita ambil tahu sedikit sebanyak pasal Syiah ni .
Jangan risau , baca secara santai , InsyaAllah tak sampai 15 minit .
Sekurangnya kita ada gambaran apa itu Syiah .
Let's check it out . Eh!

-------------------------------------------------------------------------

Apa itu Syiah ?
Syiah itu salah satu pegangan akidah yang di asaskan oleh Abdullah Bin Sabak .
Akidah yang bertentangan dengan Sunni .
Syiah itu bermaksud penolong/pembantu .

Siapa Abdullah Bin Sabak ni ?
Dia adalah seorang Yahudi .
Dia berasal dari Yaman .
Dia datang ke Madinah semata untuk mendapatkan jawatan , kepentingan politik .
Time tu zaman pemerintahan Saidina Uthman Bin Affan ,
Saidina Uthman tak layan dia .
Dia jadi marah lalu dia sebarkan fahaman kepada masyarakat Madinah bahawa ,
"Yang sepatutnya jadi khalifah ialah Saidina Ali bukan nya Saidina Umar , Saidina Uthman ataupun Saidina Abu Bakar.."
Dan masyarakat percaya benda ni .
Dari situ lah bermulanya fahaman Syiah .

Alhamdulillah kita berpegang pada Ahlu Sunnah Wal Jamaah/Sunni .
Syiah dengan Sunni ini sangat-sangat berbeza .
Syiah dengan Sunni ni bukan masalah khilaf furu'q (perkara-perkara kecil ) ,
Tetapi , Syiah ni benar-benar terpesong akidahnya dari ASWJ .

SEBAB ?
Antaranya ialah ,
SYIAH MENDAKWA ,

-Ketika Nabi Muhammad SAW wafat , seluruh sahabat nabi murtad , kecuali beberapa orang sahaja iaitu , Salman Al Farisi , Al Miqdad Bin Al Aswad , Amar Bin Yasser dan Suhaib Ar Rumi ( ada juga yang kata Bilal bin Rabah ) .

--Syiah mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad SAW dengan berkata kepada Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar , "Dua patung berhala Quraisy.." .

--Mereka tak percaya Quran yang kita guna sekarang ni . Mereka menganggap Quran sebenar telah hilang , Quran yang di tulis Saidatina Fatimah r.ha .

--Semasa Nabi wafat , Saidatina Fatimah ni sedih , sedih sangat , dia menangis sampai 75 hari , time dia tengah sedih tu , Jibril turun menggembirakan nya , Saidina Ali pun hairan dengan siapa Fatimah bersembang, lalu Fatimah beritahu Ali, dan Ali berkata kalau Jibril datang lagi beritahunya . Jibril datang semula , Fatimah pun beritahu Ali , dan ketika itulah Saidina Ali menulis apa yang Jibril kata . Dan Syiah menganggap itu Quran mereka .

--Mereka mendakwa ada ayat-ayat al-Quran yang dibuang oleh Saidina Abu Bakar ketika mana Saidina Abu Bakar ni mengumpulkan kembali ayat-ayat al-Quran , antaranya ialah , surah al-Baqarah ayat 23 , surah Toha ayat 115 , surah al-Ahzab ayat 70 , surah al-Balad , mereka menokok tambah dalam ayat sebenar dan menambah satu lagi surah iaitu surah wilayah .

--Mereka juga ada imam . Iaitu Imam 12 . Imam yang ke-12 ini dipercayai telah ghaib pada 226 hijrah di sebuah terowong di Iraq/Iran . Setiap petang Jumaat mereka akan pergi ke terowong itu dan berkata , “Wahai Imam , keluarlah Iman , keluarlah..” . Sampai sekarang Imam itu tak keluar lagi . Dan akan keluar suatu hari nanti .

--Ulama terbesar syiah iaitu Al Khomeini berkata , “Sahabat nabi hanya mementingkan dunia , rebut jawatan , mereka tak pentingkan Quran dan agama , mereka jadikan Quran sebagai alat untuk niat mereka yang kotor , merampas jawatan khilafah..” .

--Mereka menghalalkan darah umat Islam . Bagi mereka , lagi banyak mereka membunuh umat Islam , lagi banyak darah yang mengalir , lagi cepat Imam mereka itu akan keluar dari terowong .

--Rukun iman mereka ada lebih dari enam . Mereka percaya pada Imam . Imam mereka boleh menghalalkan dan mengharamkan sesuatu perkara .Imam mereka maksum. Imam mereka mempunyai ilmu di mana mampu mengetahui benda yang dah berlaku dan akan berlaku . Imam mereka juga menguasai dunia dan akhirat . Imam mereka mampu beri apa sahaja yang mereka mahu .

---------------------------------------------------------------------------

Astaghfirullahala’zim .
Nauzubillahiminzalik .
Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..
Ternyata syiah ini telah jauh terpesong .
Mereka mensyirikkan Allah .
Mereka menyamakan martabat Imam 12 mereka dengan semua Nabi .
Bahkan mereka mengatakan Saidina Ali sama level dengan Allah .
Allah..Allah..Allah..
Masalah syiah sekarang ini bukan masalah khilaf ,
Tapi masalah akidah mereka yang bertentang dengan kita .
Musuh umat Islam sekarang bukan sahaja Yahudi Israel , tetapi juga Rusia , China dan Iran .
Iran yang dulu kita tertipu dengan ‘heronya’ ,
Rupanya mereka bermain wayang sahaja dengan kita ,
Mereka lah antara yang menghantar bom , senjata dan angkatan tentera kepada Bashar Asad untuk membunuh tentera Islam .
Syiah itu sesat .
Jangan kita memberi muka kepada mereka .
Jika ada dalam kalangan kita yang syiah ,
WAJIB kita betulkan .

Tahu air mineral ECPI ?
Alaa , yang mahal tu .
Jangan terkejut!
Air itu air syiah .
Sponsor terbesar Syiah di Malaysia .
MOHON BOIKOT .

Oh , lagi satu mereka ni suka bertaqqiyah .
Mereka memiliki akidah taqiyyah (berbohong, berpura-pura).
Menurut Imam mereka, tidak ada agama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah.
Mereka dituntut untuk menzahirkan sesuatu yang bersesuaian dengan masyarakat setempat dan menyembunyikan kepercayaan mereka .
--Hipokrit everywhere—Lalalalala~

---------------------------------------------------------------------

Macam mana nak tahu tempat tu tempat syiah ?
Tempat mereka bernama hauzah .
Hauzah itu macam surau/masjid bagi umat Islam .

Macam mana nak kenal syiah ?
Time mereka sembahyang , mereka akan meletakkan tanah karbala ( macam batu bulat kecil ) di tempat sujud , mereka akan sujud atas tanah itu , kalau tak kena tanah karbala itu , tak sah sembahyang mereka
. Pftttt ==”
Lepas habis sembahyang , lepas memberi salam , mereka akan menepuk paha mereka tiga kali . Motif ? ==”

Alhamdulillah .
Ni lah serba sedikit tentang Syiah .
Nak lebih banyak info dan lebih dalam ,
Sila baca di newsfeed kalian mahupun membaca di blog / menonton di youtube / baca buku/kitab yang berkaitan .
Moga Allah redha :’)

P/S : Wajib bagi kita menpertahankan akidah kita . Ya-Allah , jauhilah kami dari kesesatan Syiah , matikanlah kami dalam Iman , dalam Islam . Aamiin ♥

Pendosa tanpa noktah ,
Nur Diana .